Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Dalam pembentangan Bajet Belanjawan 2022 yang lepas, YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul ada memaklumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula tahun 2022. Permohonan baharu dan pengemaskinian BKM telah pun dibuka dari 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022. Beliau juga menyatakan penambahbaikan kadar bantuan dan kategori akan dilakukan bagi mengurangkan golongan yang tercicir.


Untuk itu, data-data Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021, Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin, Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Kepada yang masih belum tahu, BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Penerima BKM adalah mereka yang memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan iaitu: 

Penerima yang layak akan menerima nilai bantuan seperti:


Apa yang menariknya, penerima BKM akan layak menerima salah satu kadar tambahan nilai bantuan dari RM300 - RM500 mengikut kategori status isi rumah. 

Pembayaran BKM akan dilakukan sebanyak 4 kali setahun yang mana tarikhnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Kaedah bayaran pula dilakukan mengikut kaedah pembayaran yang telah dilakukan sebelum ini. Jadi, bagi mengelakkan kelewatan, pastikan akaun bank yang digunakan adalah akaun bank yang aktif dan telah dikemaskini dan didaftarkan di dalam sistem.

Pembayaran fasa pertama BKM mungkin akan dilakukan dalam bulan Mac nanti. Diharapkan BKM ini dapat membantu keluarga-keluarga yang layak dan memerlukan. Jangan lupa untuk buat semakan BKM permohonan anda.



Post a Comment

0 Comments