Officially aku dan suami start diet


Alkisah cik suami yang nak start diet disebabkan pinggang seluar uniform dah ketat. Hahaha...sampai tercabut kepala tali pinggang dia. Lepas tu dia salah kan aku. Aik... badan dia, dia salah kan aku pulak. Alasan yang dia bagi tak boleh blah langsung. Makan kat rumah sedap. Dia yang makan tak de full stop. Hahahaha....

Sejak PKP yang berkali-kali tu, aku pun perasan skill memasak aku makin bertambah baik. Sebelum ni, bab memasak memang macam tugasan cik suami. Dia yang lebih arif dengan selera anak-anak dan isteri dia ni. Tapi sejak PKP dan aku kena WFH manakala cik suami kena bertugas seperti biasa, jadi tugas memasak dah jatuh kat aku walaupun kadang-kadang dia still masuk dapur juga.

Jadi menu hari ni, aku buat sup sayur campur telur dan fishball serta fucuk dan suhun dan ayam panggang yang aku dah perap dengan sos perap yang aku beli dari kawan adik aku. Tambah sikit baki daging kambing yang mak aku bagi masa balik kampung hari tu. Semua makan dengan berselera. Cik suami banyak ke ayam dan sup je. Ok lah untuk dia yang tengah diet. Moga aku istiqamah sediakan menu-menu diet untuk kami satu family. Kalau ada menu yang best, aku share dalam blog ni nanti.

Sekurang-kurangnya kalau aku rekod macam ni, lagi rajin dan kuat semangat aku nak berdiet sama. Sebenarnya perkara yang penting adalah nak ubah cara pemakanan ke arah yang lebih sihat. Semua sudah tahu amalan pemakanan yang sihat adalah penting untuk kita membentuk badan yang sihat dan cergas.  Tapi untuk buat perubahan tu yang susah. Bukan senang kita nak ubah sesuatu habit yang sudah kita amalkan bertahun-tahun lamanya.

Jadi langkah awal yang boleh diambil untuk amalan pemakanan yang sihat ialah:

1. Makan pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.

2. Lebihkan makan bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan harian.

3. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

Tetiba sakit tengkuk tengok langkah-langkah ni. Selamat maju jaya buat aku dan geng-geng yang baru nak mula diet. Harap raya nanti muka kami berdua dah tak sekembang macam gambar bawah ni.


Thanks for reading my bebelan.





Post a Comment

0 Comments