Selesai dos pertama vaksin (PICKids)


Alhamdulillah. Hero dah divaksin. Temujanji PICKids pada 5 Februari 2022. Hari pertama program vaksin kanak-kanak di PPV Seroja. Serius lah ramai gila orang yang bawa anak-anak. Kebanyakannya kaum Cina. Ada yang datang dengan janjitemu dan ada yang walk-in. Bayangkan aku beratur dari 12.30 tengah hari, pukul 3.30 baru dapat cucuk. Mungkin sebab hari pertama jadi tak berapa nak teratur. Dengan golongan kayangan yang nak mengatur sukarelawan buat kerja supaya anak diorang dapat masuk dulu. Dah lah cuaca panas. Dalam badan pun dah rasa panas meluap-luap tengok karenah diorang.

Jangan kata aku tak sayang anak sebab vaksin! Pasal sayang lah aku vaksin. Dari kecil lagi aku tak pernah skip apa-apa vaksin untuk anak-anak. Aku dan cik suami dah complete vaksin, takkan anak-anak tak. Alhamdulillah, hari ni hari ke-6, setakat ini tiada apa-apa alahan dan demam. Dan Alfeey always be Alfeey. Yang paling nakal dalam rumah tu. Jom tengok Alfeey kena cucuk kat SINI.


Staf yang bertugas akan beri penerangan berkenaan dengan pemberian vaksin terlebih dahulu. Sebelum cucuk pun nurse akan terangkan apa yang dia akan bagi. So no worries. Korang boleh tanya  kalau ada sebarang kemusykilan. Jom kita tengok sedikit info tentang Program Vaksin Kanak-Kanak ni.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

Untuk info lanjut, korang boleh baca di SINI. Banyak infografik yang menarik di web tersebut. 

Yang penting selepas vaksin, pastikan anak-anak rehat dan makan secukupnya. Pantau aktiviti anak untuk kesan sampingan dalam tempoh 5 ke 7 hari selepas vaksin. Bagi je anak-anak buat aktiviti macam biasa tapi pastikan anak-anak tidak melakukan aktiviti lasak dari biasa. Kesan sampingan yang Alfeey alami adalah sakit di tempat cucuk je. Dalam dua hari. Yang lain-lain tiada.


Thanks for reading.

Post a Comment

0 Comments