EID AL ADHA MUBARAK 2022

Eid Adha Mubarak 2022


Assalamualaikum,

Salam Aidil Adha buat semua dari cikilamenari.

Tahun ni kali pertama aku dan anak-anak beraya tanpa cik suami tercinta. Sebelum ni, kalau dia kena masuk duty pun, malam raya atau tengah hari di hari raya dia akan bersama family. Nak buat macam mana, nama dah naik untuk ditukarkan.

Seminggu sebelum raya, cik suami dijadualkan melapor diri di tempat kerja baru di Johor.  Sedih tau, selepas 7 tahun sebumbung dah kena PJJ semula. Dari awal perkahwinan sehingga tahun ke 7 pun kami dah PJJ. Dia di Miri dan aku di Selangor. Bersyukur juga lah, kali ni jarak kami hanya 5 jam perjalanan. 

Inilah antara dugaan bila berkahwin dengan frontliner. Kena bersedia untuk berpisah macam ni. Untung pada mereka yang boleh mengikut suami bertukar kerja. Kalau ada yang macam aku ni, memang kena PJJ lah. Tapi bila anak2 dah ramai, nak mengikut suami pun sukar juga. Melainkan si isteri seorang surirumah tangga.

Syukur juga kali ni anak2 dah besar. Senanglah aku nak uruskan seorang di sini. Kalau ikutkan boleh je nak drive ke Johor tapi baru seminggu hantar dia ke sana. Kalau pergi lagi, mesti jadi drama air mata lagi. Hahahah... nak buat macam mana, dapat isteri yang senang menangis.

Walau apa pun, aku doakan semoga semua yang membaca ni selamat bergembira bersama keluarga masing-masing. Semoga selamat perjalanan pergi dan kembali. Selamat raya!!!

Post a Comment

0 Comments