RESEPI CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum semua,

Hari ni aku nak share resepi cornflakes madu yang selalu aku buat. Anak-anak memang suka biskut cornflakes madu ni. Kalau buat, sekelip mata je habisnya. Nasib baik lah nak membuatnya mudah saja. Bahan-bahan pun simple. Memang akan jadi kudapan anak-anak walaupun bukan hari raya.

Cornflakes Madu

Bahan-bahan Cornflakes Madu
  1. 1/4 cawan butter
  2. 1/4 cawan madu
  3. 1 sudu besar gula
  4. 5 cawan cornflakes
  5. Taburan manik untuk hiasan
  6. Cawan kertas

Cara-cara membuat Cornflakes Madu
  1. Masukkan butter, madu dan gula ke dalam kuali dan panaskan
  2. Selepas semua bahan cair dan sebati tutp api dan masukkan cornflakes. Gaul rata sehingga semua cornflake disaluti dengan bancuhan butter dan madu tadi.
  3. Masukkan bancuhan cornflakes tadi ke dalam paper cup mengikut saiz paper cup.
  4. Taburkan manik hiasan di atas cornflakes tadi.
  5. Setelah selesai, bakar selama 10-15 minit pada suhu 150°C

Cornflakes Madu

Bila dah keluar dari oven. Biarkan lah cornflakes madu ni sejuk sekejap. Bila dah sejuk, boleh lah makan. Versi aku buat ni tak de lah manis sangat. Sebab resepi asal bilangan sudu gula tu lebih lagi. Bancuhan madu dan gula aku ni memang dah just nice. Hiasan tu, yang jenis je yang aku ada. Itu pun baki buat kek birthday Aleena dulu :)



Tengok lah Aleena ni. Sampai juling-juling mata dia menikmati cornflakes madu ni. Resepi macam ni memang tak payah tunggu hari raya. Hari-hari biasa pun mesti laku punya. Thank you for reading ya....



Post a Comment

0 Comments