Hi guys...

Assalamualaikum semua.

Allahuakbar!!! Lama sungguh sungguh blog ini ditinggalkan. 

Ni kalau rumah, memang dah penuh sawang. Silap haribulan ada makhluk lain yang menumpang. Haih...minta dijauhkan.

Kalau ada yang bertanya mana aku menghilang?

Aku ada je. Cuma takde berkesempatan nak masuk ke sini. Sejak kembali PJJ dengan cik suami tercinta, masa untuk aku ber me-time hanya pada hari bekerja saja. Kiranya dari 6.45 pagi hingga 5.45 petang. Lain-lain masa memang untuk anak-anak. Lagi pulak, sejak si bongsu dah bersekolah. Memang banyak nak kena urus dari bangun tidur sampailah bila nak tidur. 

Lagi pulak bila dah semua anak-anak bersekolah, ni lah masa untuk aku sambung belajar balik. Makanya memang aku busy 7 hari seminggu lah. Semester kali ni, kelas jumaat - isnin. Tak de nak healing2 dah. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan aku. 

Aku tulis post ni pun sambil-sambil teman cik suami tercinta study untuk exam nanti (dia balik minggu ni sebab cuti tiga hari). Dah sebulan dia berkursus EO di Pahang. Lain macam study dia kali ni. Biasanya dok hadap enjin kapal maritim, kali ini belajar pasal enjin kapal dagang. 

Apa-apa pun, Aku doakan semoga cik suami lulus cemerlang lah dalam exam nanti. Dia ni jenis, kalau dah buat sasuatu tu memang dia akan buat sungguh2. Moga aku pun akan rajin menulis balik dalam blog ni. InsyaAllah. 

Ok lah, nanti aku story lagi. Drop lah komen kalau korang masuk blog aku ni. Nanti aku boleh jejak balik.

Bye.

Post a Comment

1 Comments