Kisah Raya.

Berlalu sudah bulan Ramadhan. Dan kini kita sudah berada dipertengahan syawal.
Alhamdulillah, Syawal kali ni meriah dan bermakna buat kami suami isteri kerana menyambutnya dengan kehadiran Alisha yang genap 9 bulan sempena 1 Syawal.

Tahun ni raya pertama disambut di kampung suami di Keratong Lima, Pahang. Kami pulang ke Keratong pada 8 September. Aduh.. kesian cik suami kerana terpaksa berulang alik mengangkat barang dari tingkat 5 ke kereta. Penuhlah montot Cik Exora kami tu. Hehehe..kami pulang ke kampung tanpa mandi pun. Bekalan air yang tinggal pada pagi itu hanya boleh digunakan untuk mencuci muka dan membersihkan apa2 yang patut sahaja :) Aduh..cukup tak selesa rasanya. Semuanya gara2 kawasan rumahku terputus bekalan air sejak dari Selasa lagi. Walaupun tiada air, aku masih sempat masak nasi ayam permintaan suamiku pada malam kepulangannya. Cik suami kata sedap walaupun ini percubaan pertamaku. Kembang kuncup m****t ku seketika.

Sehari sebelum raya, semua adik beradik cik suami dah pun pulang ke kampung. Hehehe...penuh rumah pak cik Saleh.

Pada pagi raya, selepas bermaafan, yang lelakinya dah bergerak ke masjid dan budak2 kecil dah mula berjalan raya. Yang perempuannya pulak kat rumah je. So tahun ni aku tak de lah pergi sembahyang sunat hari raya.

Raya kedua, kami bergerak ke Gerik selepas Asar. Dari keratong naik bukit Genting dan turun melalui Batang Kali dan keluar ke PLUS Highway melalui Tanjung Malim. Tiba di gerik pukul 1 pagi setelah melalui 8 jam perjalanan. Alhamdulillah, Alisha langsung tak meragam. Selepas makan dan menyusu dia terus sahaja tidur.

Raya ketiga, kenduri akikah untuk alisha dan cik suami. Seekor lembu ditumbangkan. Alhamdulillah, walaupun menunya hanya kari daging lembu, rebus daging lembu cicah air asam, ulam-ulam dan sambal belacan, tetamu yang datang cukup meriah. Banyak wooo orang bagi duit raya kat Alisha. Terima kasih kepada mak dan abah yang sudi sponsor kenduri. Aku dan cik suami hanya keluarkan duit untuk lembunya sahaja.

16 September, dah balik ke Puchong. Habiskan masa kami bertiga sahaja

19 September, cik suami pulak balik ke Miri :(

Ok lah.. itu sahaja cerita raya tahun ni. Gambar2 raya akan ku upload kemudian.

Post a Comment

0 Comments