Enter your keyword

CIK ILA MENARI by Ila Shafila

Personal, Parenting, Lifestyle, Review & Collaboration

Sunday, 19 February 2017

Bila anak demam.

By On 03:21:00
Bila anak demam | Kadar demam denggi di kawasan perumahan Cik Ila memang tinggi. Tahun lepas, MR pun terkena wabak demam denggi ni. Jadi, memang tak boleh ambil mudah. Bila anak-anak demam, mulalah Cik Ila risau, takut terkena pada anak-anak. Kebiasaannya, sehari dua hari demam akan kebah selepas diberi ubat. PCM memang sentiasa ada  saja di rumah. Tapi kalau demam dah melarat sampai 3 hari memang akan bawa ke klinik. Sebagai ibu bapa, kita kena ambil berat bila anak demam kerana ia menunjukkan perubahan status klinikal anak dan kehadiran sesuatu penyakit terutamanya jangkitan kuman. Demam sebagai pertahanan badan jika ada serangan bakteria atau virus.

Petang isnin lepas, teacher tadika Alfeey telefon untuk maklumkan Cik Ila yang Alfeey demam. Suhu masa tu 38.2°C. Tinggi sangat jika nak dibandingkan dengan suhu pagi dalam 36°C. Untuk makluman, purata suhu badan yang normal adalah 36.7°C (julat  36.0 - 37.5°C). Petang tu juga Cik Ila dan MR bawa ke klinik panel sebab bekalan ubat di rumah sudah habis. Doktor check suhu dan periksa pernafasan semua kemudian bagi PCM dan antibiotik.


Ambil ubat sampai hari khamis, demam Alfeey on off saja. Pagi ke tengah hari ok, petang melarat ke malam demam balik. Hari jumaat ubat pun habis, malam nya suhu naik tinggi balik. Adoi....pening kepala omma dia. Pagi tadi (sabtu) bawa ke KK pula. Pukul 7 kami dah keluar, takut ramai orang sebab KK buka sampai pukul 12 tengah hari saja.

nombor giliran KK

Nurse yang bertugas di kaunter saringan tu membebel sebab katanya anak dah demam 5 hari baru nak bawa ke klinik. Aik...dia tak dengar ke apa yang 'aku' cakap ni. Tak pe lah, dia cuma jalankan tugas. Alfeey kena ambil darah untuk FBC. Lepas keputusan keluar, Alhamdulillah, tak de tanda-tanda denggi. Doktor cuma prescibed uphamol saja. Kalau isnin tak sihat juga, terus ke hospital. Balik rumah, lepas dua kali makan ubat, baru mood nak makan dan main datang balik. Harapnya terus kebah lah demam dia.

ubat demam uphamol

Cik Ila draft entri ni lepas bagi dia ubat (pukul 2 pagi). Panas badan ada lagi. Tapi kurang dah. Bagi basah dahi dia sikit dengan kain lembab. Ni slowly turun dah panas tadi. Tak boleh nak lena bila anak tak sihat. MR pula kerja malam ni. Asyik tidur dan jaga berkali-kali malam semalam, seharian omma dia sakit leher. Risau lah dengan demam ni. Takut tak sedar suhu naik tinggi. Boleh kena 'Febrile Fit'. Nauzubillah. Cepat sembuh ye HERO.

Cara turunkan panas badan anak.

Gunakan tuala kecil dan basahkan dengan air suam (tapid sponge). Letak di dahi, leher, perut, ketiak dan celah peha. Air yang suam ini membantu pembuluh darah dikulit mengembang dan membuka pori-pori kulit untuk mengeluarkan haba panas dari dalam badan

Thursday, 16 February 2017

Bihun Goreng Daging

By On 15:10:00

Bihun goreng adalah menu yang paling Cik Ila susah nak buat. Bukan susah dari segi bahan dan cara nak buat tetapi susah dari segi nak dapatkan hasilnya. Sudah berkali-kali Cik Ila cuba sampai timbul rasa fed up dan tak nak buat lagi sampai bila-bila. Tapi bila anak-anak berdua tu dah minta nak makan juga, kena lah masakkan juga. Lagi pulak, siap demand tak nak sayur. Jadi taugeh memang NO lah. Nanti jadi kerja pulak nak kutip satu-satu letak tepi. 

Bihun goreng daging

Selalunya, bila bab makanan goreng-goreng macam ni, MR yang akan masuk dapur. Tapi sebab hujung minggu dan MR pula kerja hari tu, omma lah kena buat. Sebab nak ikut citarasa anak-anak kesayangan tu yang tak nak pedas dan tak nak sayur..... jadilah bihun goreng daging yang simple tapi sedap.

Bahan-bahan

1. Bihun - rendam dengan air panas
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Sos tiram
5. Sos Cili
6. Kicap manis
7. Daging (potong kecil)
8. Lobak merah - potong panjang dan nipis (nasib baik depa makan lobak)
9. Telur - goreng hancur untuk hiasan.


Semuanya Cik Ila agak-agak saja. Ikut kuantiti bihun yang kita guna. Bila dah masuk bihun dan sebati dengan perencah, kena perlahankan api, untuk bagi bihun tu lembut (Cik Ila baru tahu.... patutlah selama ni, masak bihun keras macam dawai). Kemudian rasa masin dan manis bihun tu dan tabur telur hancur sebagai hiasan. Tutup api dan hidang kan.

Cik Ila Menari

Alhamdulillah, bihun goreng menjadi kali ni. Tengok tu Alfeey, habis dalam pinggan dia, kacau pula pinggan kakak. MR pun makan bertambah. Kena pula dengan cili jeruk. Memang menjilat sudu lah. Lagi pulak bila kita masak dengan penuh keikhlasan. Bertambah-tambah sedapnya.

Wednesday, 15 February 2017

Life in 2 Acts.

By On 09:30:00

It is your choice.


Life in 2 Acts

Original illustration by Mari Andrew


Monday, 13 February 2017

Ajar anak agar tidak mengganggu ketika kita sedang bercakap

By On 15:13:00
Anak suka mengganggu ketika sedang bercakap | Siapa alami perkara yang serupa?


See these three munchkins?

Omma dan abah pening kepala bila depa mengganggu @ interrupt bila kami sedang bercakap sesuatu perkara yang penting atau pun sedang bercakap di telefon. Masa itu lah, banyak sangat benda yang nak diberitahu atau minta. Bila usia makin menginjak (Alisha 8 tahun dan Alfeey 6 tahun), tabiat ni dah macam tak elok pula. 

Macammana nak hadapi situasi ni?

Cik Ila ada terjumpa satu cara yang agak mudah untuk dipraktikkan dari blog INI

I was chatting with her one day when her (then 3-year-old) son wanted to say something. Instead of interrupting though, he simply placed his hand on her wrist and waited. My friend placed her hand over his to acknowledge him and we continued chatting.
After she had finished what she was saying, she turned to him. I was in awe! So simple. So gentle. So respectful of both the child and the adult. Her son only needed to wait a few seconds for my friend to finish her sentence. Then she gave him her complete attention.

Nampak mudah tapi mungkin perlukan masa untuk depa adapt dengan cara ni. Tapi tak salah untuk kita cuba daripada kita marah atau menjerit pada mereka. Semoga anak tidak lagi mengganggu ketika ibubapa sedang bercakap.

Korang ada cara lain yang boleh dikongsi dengan Cik Ila. Jom share.

Hari Radio Sedunia

By On 09:35:00
Hari Radio Sedunia 2017 | 13 Februari

Hari Radio Sedunia


Pada 2011, UNESCO ( United State Educational, Scientific, Cultural Organization) telah menetapkan tarikh hari ini, iaitu 13 Februari sebagai Hari Radio Sedunia. Ia merupakan tanda untuk memperingati lahirnya United Nations Radio pada tahun 1946 susulan daripada cadangan Spanish Academi of Radio yang menganggap bahawa radio merupakan salah satu instrumen penting yang terlibat dalam perubahan sosial dunia.

Guglielmo Marconi

Sejarah awal komunikasi radio bermula pada awal tahun 1890-an, di mana Guglielmo Marconi, seorang warga Itali telah mencipta inovasi-inovasi baru dari peralatan yang diciptakan oleh Heinrich Herts yang meningkatkan jarak pancaran gelombang eletromagnetik serta mengisinya dengan informasi terhasil. Kemudian, Marconi  mencipta peralatan transmitter dan receiver yang mampu memindahkan informasi dari satu tempat ke tempat lain.

Pada tahun 1895, Marconi mengkombinasikan teori-teori yang sedia ada mengenai elektromagnetik dengan ideanya sendiri, dan berjaya mengirimkan signal radio melalui udara dengan menggunakan gelombang elektromagnetik untuk mengirimkan kod signal dengan jangkauan jarak lebih dari 1.5 km.

Pada tahun 1901, radio penemuan Marconi telah mengirim kod signal menyeberangi Samudera Atlantik dari Inggeris ke Newfoundland. Sehingga tahun 1912, Marconi telah mematenkan penemuan-penemuanya untuk menyempurnakan sistem radio ciptaannya. Beliau mendapat anugerah nobel dalam bidang fizik dan dunia inovasi radio seterusnya mencatatkan nama sebagai orang pertama yang memperkenalkan radio. Marconi menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1937.

Pada tahun 1933, Edwin Howard Armstrong memperkenalkan sistem radio FM (Frequency Modulation) yang telah mendominasikan sistem radio dan digunakan untuk komunikasi antara bumi dan luar angkasa oleh NASA.

World Radio Day 2017


http://www.diamundialradio.org/

Tahun ini, merupakan tahun ke 6 sambutan Hari Radio Sedunia. Radio masih lagi medium yang dinamik, reaktif dan menarik sesuai dengan perubahan di abad ke-21. Setiap hari kita masih mendengar radio. Korang pun mesti ada noltalgia dan kenangan dengan radio kan. Tipu lah kalau tak de.

Cik Ila dengar radio dalam kereta je. Total sehari dengar lebih kurang 3 jam (pergi balik kerja). Kalau jalan jem, lagi lama lah dengar radio. Mak Cik Ila pulak time memasak di dapur mesti 'ON' radio. Dulu-dulu kalau ada lagu best mesti rakam guna kaset. Cukup marah bila DJ radio sibuk nak bercakap masa tengah ada lagu. Semua tu kenangan. 

Korang ada kenangan best dengan radio. Citer lah sikit.

Popular

Recent Post

Follow my Ig