Usia 10 bulan 3 minggu genap, Alisha baru berdiri sendiri tanpa sokongan apa2 dan mula nak bertatih. Kali pertama melangkah dapat 3 tapak. Bila jatuh, dia bangun dan mencuba lagi. Bila dah penat, Alisha kembali melakukan aktiviti yang paling disukainya. Nak tau apa?
.
.
.
.
.
mula-mula belajar panjat grill pintu
pastu belajar panjat meja
cubaan memanjat
Selain daripada tu, Alisha juga pantang nampak buku bergambar. Suka benar dia. Bawa dia pergi Giant untuk beli barang, on the nak keluar dia ternampak poster gambar-gambar haiwan. Ya Allah bising suara dia menegur. Sudahnya, aku beli dua keping poster itu :)
sampai tertidur
Cepat2 jalan ye anak ibu, dua minggu lagi kita nak pegi Miri, jumpa abah.
Sekarang ni pun, Alisha dah ada 5 batan gigi. Tiga atas dan dua bawah. Suka betul dia menggigit masa menyusu. Pastu tersengih2 ketawakan aku bila aku menjerit kesakitan. Adoi anak ibu ni. Macam2 perangainya.
1 Comments
Hai...comelnya dia, Seri Wangi tak ada anak kecik, semuanya dah besar panjang, cuma tunggu cucu pulak..hee
ReplyDelete