Salam semua,

Alisha demam pada hari sabtu lepas. Walaupun tak larat tapi masih lasak seperti biasa. Pada hari ahad masih lagi demam tetapi aku perasan akan kehadiran bintil merah pada bahagian kakinya. Hari Isnin, panas badan sudah berkurangan, tetapi bintil2 merah semakin banyak yang tumbuh di tangan dan kaki dan sedikit pada bahagian bibir.

Selera makannya semakin berkurang dan langsung tidak mahu menyusu. Hanya nak minum air masak dari cawan saja. Selepas minum pasti dia akan menangis kuat. Rupa-rupanya, banyak lagi yang tumbuh di lelangit dan kerongkongnya. Kasihan anak ibu. Asyik menangis saja. Ye lah perut lapar tetapi rasa sakit yang melampau membuatkan dia melaparkan diri.

Namun sebagai ibu, mana sanggup aku lihat dia kesakitan dan kelaparan. Ku paksa juga dia menjamah bubur nasi walaupun berkali2 dia menolak.

Ini merupakan kali kedua Alisha dijangkit HFMD ini. Hari selasa, ku tanya pada pengasuh di taska, adakah kanak2 lain yang menghidapinya. Ya, ada seorang yang datang dengan HFMD pada jumaat lepas.

Adoi anak ibu ini, cepat betul kena jangkitnya.

Alhamdulillah, malam tadi Alisha sudah mahu direct BF. Lega rasanya bila Alisha kembali sihat. Yang tinggal hanyalah bintil2 merah yang mula pecah. Bila ditanya mana yang sakit. Segera saja dia hulurkan kedua2 belah tangannya.

Sedikit perkembangan Alisha pada usia 13 bulan:
- dia sudah mahu memegang sudu menyuap makanannya sendiri
- pandai sebut ball dan pantang sungguh dia melihat bola di kedai/buku.
- pandai suakan kaki bila nak pakai kasut atau seluar
- dah pandai minta sesuatu
- kuat membebel

1 Comments

  1. kesiann alisha..sabar ye..tu lah antara dugaan antar ke taska

    ReplyDelete