"kakak buat apa?" "ni abah ngan ibu comel potong kek." "apa tu?" "ni kek happy birthday to you allah selamatkan kamu." (dia bangun sambil tunjuk sekeping gambar) "hehehehehe...ni gambar kahwin abah dengan ibu." " tak lah, ni abah dengan ibu comel potong kek happy birthday to you." "ibu comel ke?" "yelah..ibu ni comel." ibu sengih sampai ke telinga bila anak puji.

Ni perbualan saya dengan Alisha pagi tadi. Saya tengah siap-siap nak pakai tudung, tak perasan yang dia tengah belek-belek album gambar lama (album kahwin kami). Siap keluarkan sekeping nak tampal kat dinding katanya.

Pastu dia sibuk cari beg sekolah keretapi (beg tu ada gambar keretapi Thomas n friends) tapi tak jumpa pun sebab beg tu memang sengaja tinggalkan dalam kereta. Dalam beg tu ada sekeping gambar abah dia. Dah lusuh pun gambar tu. Saya agak dalam hai mesti dia nak simpan gambar kami potong kek tu dalam beg juga.

Gambar bawah ni tak de kena mengena pun dengan n3 ni, cuma bila dah ternampak tadi.....mengeluh sendiri saya, bila lah nak dapat balik berat badan macam ni. Hehehehe takde lah kurus mana pun, tapi kalau tak silap berat saya masa ni dalam 56-58 kot. Sekarang ni macam dah statik dekat 71-73. Tak lebih dan tak kurang dari tu. Usaha lah kuat sikit cik puan oooii :)

gambar sehari sebelum wedding.





1 Comments