Follow Me @noorshafila

Tuesday, February 28, 2012

Introducing.....Rasya Collections.

February 28, 2012 0 Comments
Salam,

Cuma nak perkenalkan anak baru saya.Rasya Collections. Masih lagi dalam proses mengumpul stok dan material. Saya uploadkan stok terkini yang ada pada saya. Mungkin ada item yang pernah anda semua lihat/ beli sebelum ni. Cuma sokong lah saya. Walaupun tak membeli tapi jengahlah untuk cuci-cuci mata saja.

Semasa cuti berpantang lagi idea ni datang pada saya. Ye lah daripada duduk saja je. Ambil masa juga nak cari stok, daftar perniagaan (walaupun kecil kena juga daftar), nak create blog lagi. Maklumlah saya ni tak kreatif. Hehehehe.

InsyaAllah, akan ada stok-stok baru nanti. Buat masa sekarang semuanya lebih tertumpu kepada kids wear.

Jengah-jengahlah ye. http://my-rasyacollections.blogspot.com/

Friday, February 24, 2012

Jingle Jungle - Breastmilk Freezer Tray w Lid

February 24, 2012 2 Comments
Alkisahnya tajuk di atas, saya yang dah kehabisan plastic storage untuk EBM Alfeey pergilah ke Fabulousmom Puchong. Alamak....diorang tak de stok lah pulak.

Yang ada cuma brand Cherub Baby yang harganya RM40 untuk 25 pcs dan RM78 untuk 20pcs (yg ni boleh reuse). Rasa macam tak berbaloi pulak nak beli hanya untuk sekali pakai. Lagi pulak, lepas dengar explanation dari sales girl tu, rasa macam banyak kerja pulak kalau beli yang reusable tu.

Akhirnya, saya beli Jingle Jungle - Breastmilk Freezer Tray w Lid dengan harga RM35 untuk 3pcs.



gambar dari www.fabulousmom.com

Senang je cara nak guna. Lepas beku, kiub2 comel ni boleh ditransfer ke bekas lain. Kalau nak tahu lebih detail mengenai product ni. Baca di sini ye.

Alhamdulillah, Alfeey masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Meh tengok hero gebu saya ni.


gambar dua hari yang lalu :)

Thursday, February 02, 2012

3 bulan dah

February 02, 2012 4 Comments


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.

Hero saya ini sudah genap 3 bulan hari ini.

Sudah pandai bersembang, ketawa besar bila diagah, pandai merajuk - suka sangat mencebik bibir. Dan sudah mula meniarap sejak seminggu yang lalu. Alfeey anak yang tak banyak ragam.



Hari ini, hari pertama Alfeey dihantar ke taska. Senang sangat dia. Kakak pula yang terlebih menangis. Ye lah, 3 bulan berkepit dengan ibu :)

Semoga kakak2 di taska dapat menjaga kedua2 anakku ini dengan baik. Aku hanya menangis dalam hati (hehehehe..) tak de orang nak pujuk pun maklumlah cik suami masih lagi di Miri. Tak tahu lah bila PJJ ni akan berakhir.

Alisha, seperti biasa, masih lagi membuli adik (nakal). Pada usia 2 tahun 1 bulan sudah pandai berdikari. Semua benda nak buat sendiri. Makan, pakai pampers, pakai baju, mandi (siap sabun badan tau :P ).

Model tangga :)

Jom solat.

Sudah selesai solat ni.




Last sekali,

Ad Banner