In

What I found today - Fabric Letters

I fell in love with these fabric letters from Little Things Bring Me Smile.


Alisha: Please be ready. This is going to be our future weekend project ye.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Perkongsian Dari Hati..

Baca blog Wardina. Suka tengok Wardina sekarang. Semoga Allah senantiasa memberi hidayah kepada saya.

Perkongsian Dari Hati..

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Petua hilangkan batuk dan selsema pada bayi.

Sejak seminggu lepas, kakak dan adik bergilir kurang sihat. Mula2 kakak demam, lepas dua hari adik pulak yang kena. Demam baru nak ok, kakak kena selsema pulak. Asyik meleleh saja hidung :( Apalagi, adik pulak terkena selsema. Kesian adik.....tidur pun jadi tak lena. Belum habis selsema, kakak batuk pula. Terjangkit lagi adik. Memang ambil giliran betul.

Sekurang2nya Alisha dah pandai hembus hidung dan ludah kahak bila batuk. Lepas dua hari makan ubat, kakak semakin sembuh. Tapi Alfeey masih lagi ada selsema dan batuknya. Sampai meleh air mata bila batuk. Sekali sekala, kedengaran bunyi kahak.

Hantar taska pagi tadi pun, Alfeey batuk tak berhenti. Kesian anak ibu. Mujur malam tadi, adik tidur lena lepas saya sapu kunyit yang ditumbuk dan dicampur minyak masak kat dada dan belakangnya. Ini petua yang saya dapat malam tadi bila saya meng'google' petua untuk hilangkan batu pada bayi.

Beberapa petua lain yang saya jumpa adalah:

1. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.

2. Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangityer.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

Saya guna cara yang kedua. Kunyit hidup. Tapi saya tumbuk terus dalam lesung batu. Campur dengan minyak masak dan sapu di dada dan belakang Alfeey.

InsyaAllah, semoga batuk dan selsema Alfeey akan hilang. Kasihan anak2 bila mereka tak sihat macam ni. Tidur jadi tak lena dan selera makan pun hilang. Sebagai ibu, saya tidak kisah berjaga malam untuk menjaga mereka. Asalkan anak2 sihat saja.





Read More

Share Tweet Pin It +1

9 Comments

In

Jom main Angry Bird

Alfeey sudah pun mencecah 4 bulan. Bila kakak buat apa2, dia dah mula bagi respond atau pun nak join sama. Ayat mudah - Alfeey dah pandai main.






Hehehe...macam best aje. Tablet tu pun dah bertukar hak milik. Saya dah tak berpeluang lagi nak layan tablet tu lebih-lebih.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments

In

Aktiviti - Homemade playdough

Salam semua,

Hari ni nak cerita sikit aktiviti hujung minggu saya dengan Alisha. Alisha pun dah nak masuk 2 tahun 3 bulan. Saya rasa dah sesuai untuk mulakan aktiviti yang berunsur ilmiah kepada Alisha. Untuk minggu ni, aktivitinya adalah - bermain dengan playdough.


Dah siap lima warna yang berlainan. Sambil main sambil belajar mengenal warna.


Cubaan untuk menguli doh menjadi bulat2 kecil. (oppsss... sempat tengok BabyTV lagi)


"ibu....ini dinasour."


Hasilnya. Kesimpulannya: Ok lah untuk permulaan. Alisha suka sangat. "_" Ibu kena fikirlah pulak nak main apa minggu depan.

Read More

Share Tweet Pin It +1

0 Comments