Follow Me @noorshafila

Thursday, February 07, 2013

Petua anak yang suka mengutip

Assalamualaikum. 

Salam pagi khamis. Take a break kejap dari study untuk update blog ni, memandangkan saya akan sibuk esok. Pagi esok exam 9-11. Sambung dengan bengkel Mathematica sampai pukul 12 (sepatutnya bermula pukul 9). Habis je kena bergegas untuk kuliah terakhir, 12-1 petang. Semuanya berlainan tempat. 

Fuh....fuh....fuh... Dah dapat bayang kan di dalam kepala, keadaan akan sibuk esok memandang esok merupakan hari terakhir. Mesti masing-masing excited nak kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Barang-barang pun dah hampir semua di kemaskan kecuali meja study ni. Hehehehe......tak sabar weh.... InsyaAllah lepas Zohor esok saya akan gerak balik berjumpa dengan anak2. Rindu budak berdua itu.

Sebenarnya ada cerita lain yang saya nak tulis kat sini.

Mengenai tabiat Alfeey yang suka mengutip benda masuk ke dalam mulut. Tak kira apa juga yang dia nampak berkenan, masuk mulut lah jawabnya. Pernah sekali, dia kutip duit syiling 20 sen masuk dalam mulut. Nasib baik saya tersedar melihat keadaan dia yang sedang choking tu. Tindakan drastik saya adalah korek keluar duit yang tersangkut di kerongkong dia. Nasib baik juga duit tu tersangkut sebab besar. Menangis saya dibuatnya, memandangkan silap saya juga perkara ini berlaku.

Selain itu, pensil warna, krayon, getah pemadam, kertas. Sebut saja. Mesti ada sekali akan masuk dalam mulut dia.

Yang paling tragis dan meloyakan. Baru je berlaku, semasa saya bercuti balik kampung dua minggu lepas. Najis ayam. Uwekk....nak termuntah saya. Jenis yang busuk tu (orang kampung panggil tahi ayam candu). Menjerit saya sambil bawa dia ke dapur untuk cuci. Sudah cuci pun masih busuk lagi.

Saya pun google petua untuk atasi tabiat yang satu ini. Ada rupanya. Pada yang alami masalah yang sama jom sama-sama kita cuba. Mudah-mudahan dapat diatasi tabiat yang satu ini.

Petuanya adalah dengan cara menabur beberapa ulas bawang merah atau halia di atas lantai. Anak anda akan mengutip dan memasukkan bawang atau halia tersebut ke dalam mulut. apabila merasa kepahitan bawang atau halia tersebut, serta merta bayi anda tidak akan memasukkannya ke dalam mulut lagi.

Amal berulang kali sehinggalah tabiat suka mengutip akan terhenti dengan sendirinya.

Saya masih belum berpeluang untuk mencubanya. InsyaAllah, saya akan lakukannya bila pulang ke rumah nanti. Tapi sebelum mencubanya, pastikan lantai rumah kita berada dalam keadaan bersih ye. Nanti lain pula jadi nya. Bertambah-tambah lah pulak masalah kita nanti :)

“What it's like to be a parent: It's one of the hardest things you'll ever do but in exchange it teaches you the meaning of unconditional love.” 
~ Nicholas Sparks, The Wedding

3 comments:

  1. adeh fila
    sy bc pun tgelak2 smbil crita dgn hubby

    samalah perangai aaron.dulu aleesya tak tau.aaron ni,tisu kertas,pensel tjumpe pun die duk isap la karbon tu.bila kita amik,die protes hempas bdn ke belakang.memang kadang kita tpaksa korek mulut die.ye ar,plastik polistirin pun penah.pantang jumpe

    lahai.sian alfeey.agaknye die pun duk pk,apa agaknya tahi ayam tu

    thanx sharing.memang nti bila aaron da pandai serik n faham,nk try bg bwg n halia.

    gud luck fila
    bjaya nti cite kt blog eh

    ReplyDelete
  2. Salam..airis nak share gak la,anak airis dlu msa bru pndai meniarap habis di kutip taik cicak masuk mulut..kdang di genggam smpai hancur pastuh msuk mulut..bila tringat klakar la plak

    ReplyDelete
  3. salam .. Ank sy pon mcm tu juga.skg dah bjalan umr 1 thun 8 bln pon still juga nk kutip brg pas tu msuk dlm mulut.nak try tabur bwg la lpas ni..hehe.klu nak biarkan dia jln2 kt halaman rmh kt kg tuh..alamak..knyang la almatnya.

    ReplyDelete