Shopping di LAZADA

Breaking

Thursday, April 03, 2014

Alfeey dah jadi Jebat

Tengah hari semalam dapat sms dari taska bagi tau Alfeey bagitau Alfeey kemalangan sikit kat taska. Dahinya terbelah dan berdarah sikit. Terhantuk kat sliding door kena tolak dengan kawan.

Cik Ila pun call lah dan tanya keadaan Alfeey. Risau juga. Katanya tak nampak teruk, berdarah pun tak banyak. Dan Alfeey masih lasak macam biasa. Tak pengsan dan tak de muntah2. 

Dengar macam tu, Cik Ila pun relax je lah. Sempatlah tunggu balik kerja nanti untuk bawa ke klinik (am i a good mother?)

Masa ambil Alfeey di taska, dia tengah melasak main dengan kawan-kawan. 


Terbelah kening. 

Bawa pergi klinik. Doktor tengok, lukanya tu sampai ke lapisan yang dalam. Kalau biar, keningnya akan berlekuk kat tengah-tengah tu. Kalau jahit, akan ada kesan jahitan. Ok lah sikit daripada dibiarkan nampak berlekuk.




Cuci luka dulu. Boleh main-main lagi masa ni.


Nak kena jahit. Menangis sakan.

 

Kena dua jarum. Tak pasal-pasal jadi JEBAT pulak. 

Doktor dah balut elok-elok, sampai rumah je terus cabut. 

Hero ibu ni memang tau :)
Dah berparut sampai ke tua lah.


Malamnya Cik Ila berbalas sms dengan kakak Zura Alfeey, dia minta maaf sebab Alfeey jadi macam tu dan katanya parents budak yang tolak Alfeey tu rasa serba salah sebab anak dia dah cederakan Alfeey. Adeh...tak kan lah Cik Ila nak mengamuk salahkan diorang pulak. Benda dah nak jadi. Lagi pun dari Alisha sampai ke Alfeey dah 2 tahun lebih, semuanya okey kat situ.

Pagi tadi pula sempat bersembang sekejap dengan seorang lagi kakak Alfeey kat situ, katanya, memang budak tu suka main kasar dan tolak-tolak orang macam tu. Diorang pun memang agak mengawal kelakuan budak tu. Tapi nak buat macam mana, terjadi juga.

Kali pertama kemalangan ni terjadi sepanjang 5 tahun Cik Ila menggunakan khidmat taska ini. 
Tempat yang sama, pengasuh2 nya pun sama, budak-budaknya saja yang bertambah dan bertukar ganti.

Kalau ibu-ibu lain apa tindakan anda?



1 comment:

  1. Kalau parent lain.. I see u in court okey...

    ReplyDelete