Enter your keyword

Sunday, January 26, 2014

Dah seminggu di USM ^__^

By On January 26, 2014
Assalamualaikum w.b.t

Dah seminggu di USM ni. Tahun ni masih lagi dapat penginapan di luar USM. Desasiswa Restu. Ok sikit dari tahun lepas. Tak perlu nak daki bukit dan tangga :) Tahun ni, pendaftaran sampai pukul 5 petang. Jadi, Cik Ila gerak lambat sikit dari Gerik. Hantar Alisha ke tadika dulu. Tengah hari ambil dia dari tadika dan lepas Zohor baru gerak ke USM.

Untuk tiga minggu ni Alisha menumpang Tadika Kemas. Orang cakap bahasa melayu dia cakap bahasa Inggeris. Adoi anak......mungkin sebab dah biasa dengan bahasa Inggeris kat Tadika UM. Tak pe..tiga minggu je :)

 Alisha yang berbaju kuning tu....

Rindu betul dengan budak berdua ni.

Alisha yang suka ber 'make up'
Alfeey yang makin nakal.
Walaupun, cuti belajar sekejap, biz Shaklee Cik Ila masih jalan seperti biasa ye. Kalau ada sesiapa yang nak order barang, boleh je contact Cik Ila. Kat sekitar USM, P.Pinang, boleh je kalau nak COD.

Kalau nak flyer dulu pun boleh. SMS/wassap FLYER SHAKLEE dan bagi alamat. Nanti Cik Ila boleh pos kan. Semua percuma. Kecualilah kalau beli barang. Kalau melebihi RM150.00 boleh lah cik Ila bagi postage free. Consultation pun akan di beri percuma. Oh lagi satu...kalau ada yang nak join biz Shaklee ni secara full time atau pun part time boleh jugak. Nak tahu lebih detail SMS/wassap JOIN SHAKLEE. Nanti Cik Ila 
akan bagi tau selanjutnya.

Biz Card Cik Ila.
Promotion Alfalfa masih ada lagi 6 hari. Cepat-cepat ye kalau nak beli dengan harga yang murah. Banyak manfaatnya :) Cik Ila berani cakap sebab Cik Ila pun mengamalkan Alfalfa ni.


Salam sayang...
Cik Ila
SID 1066501

Thanks for reading this entry!

Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

By On January 13, 2014
Assalamualaikum

Selamat menyambut Maulidur Rasul pada hari esok, 12 Rabiul'awal tahun 1435H yang bersamaan dengan 14 Januari 2014.

Sambutan tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Alhamdulillah....berjaya juga Cik Ila membeli buku tentang kekasih Allah ini. Asyik tertangguh je selama ni. InsyaAllah...akan Cik Ila kongsikan bersama isi kandungannya nanti.


Bagus juga MPH ni bila buat penghantaran yang melibatkan buku2 agama.


Selamat bercuti buat semua esok.

Thanks for reading this entry.

Friday, January 10, 2014

Seoul Garden, IOI Mall, Puchong

By On January 10, 2014
Ingat lagi entri INI?  Cik Suami saya memang sangat suka menikmati steamboat ni. Tak mau pergi jauh sampai ke Ampang sana, Cik Ila dan suami serta anak2 ke Seoul Garden. Kami sampai dalam pukul petang. So..dinner lah. RM38.88 per adult. Alisha dan Alfeey FOC lagi :)



Pandangan dari luar masa baru sampai. Sebelum apa-apa kena buat bayaran dulu. Macam lah nak datang selalu...Cik Ila ni pi apply My Preffered Card dengan hanya RM25. Yang bestnya..boleh je nak pinjam kan kad ni kat kengkawan atau pun family member. Boleh dapat 10% disc. Hehehehe...sharing is caring kan :)




Voucher tu pulak boleh guna untuk next visit.

























Posing-posing makan aiskrim sementara menunggu abah mengambil makanan. Ibu tak leh nak ke mana-mana sebab budak berdua ni tak boleh duduk diam. Diorang asyik nak keluar je nak main. Huhuhu..ibu pandai-pandai berjanji nak bawak pergi main kat Reka Zone.

Sorry ye...Cik Ila tak letak gambar2 makanan yang kami makan :) Dah habis baru teringat nak ambil gambar. Hehehehe...



First time Cik Ila mencuba kimchi. Saya saaangat suka :)




Okeh...keseluruhannya Seoul Garden, IOI Mall Puchong dapat 3/5 star :) 



Thank you for reading this entry!

Friday, January 03, 2014

2014 @ Sikit pasal saya.

By On January 03, 2014
Assalamualaikum.

Selamat tinggal 2013 yang indah dan Selamat datang 2014 yang bakal memberi cabaran baru. Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dipanjangkan lagi umur setahun lagi. Tahun ini, ketibaan tahun baru 2014, kami berempat. Hehehehe...Cik suami bercuti panjang, makanya, penghujung bulan 12 yang lalu, kami menghabiskan cuti dikampung gerik dan juga keratong.

Kali pertama semua adik-beradik Cik Ila pun turut sama bercuti berkumpul bersama-sama di kampung (gerik) dan juga adik-beradik cik suami di keratong. Kiranya sangat berbaloilah bercuti kali ini. Alisha dan Alfeey lah yang paling enjoy sekali. Dapat jumpa atuk dan opah. Dan juga sepupu-sepupu mereka belah cik suami. InsyaAllah, tahun ni akan bertambah seorang lagi ahli keluarga baru dalam keluarga Haji Shafie. Tak sabar nak tunggu bulan jun ni :)

Ohkey...enough pasal family. Sekarang nak cerita pasal biz Cik Ila pulak. Alhamdulillah, gembira sangat bila dapat sama-sama membantu customer dengan produk Shaklee ni. Malah Cik Ila sediri secara tak langsung menjadi pengguna tegar :) Pada yang kata, makan supplement ni membazir je sebab tak de perubahan pun...anda silap sebenarnya. Langkah pertama yang Cik Ila ambil semasa mula-mula makan supplement ni dulu adalah berhenti mengambil kafein - Nescafe, kopi, minuman bergas, teh pun Cik Ila limit pengambilannya. Hehehe..kena berkorban sikitlah, dah keluarkan banyak duit kan. Selebihnya, sabar dan tak putus asa. Jangan hari ni makan, esok dah putus asa. Sedangkan dalam beribadah pun kita kena Istiqamah.

Nak share sikit perancangan Cik Ila untuk tahun ni. InsyaAllah, Cik Ila akan cuba seimbangkan perkara2 dunia dan akhirat. banyak lagi yang perlu Cik Ila lakukan dalam proses mengenal diri ini.


Thank you for reading this entry!

Popular

Blog Archive