Enter your keyword

Thursday, May 29, 2014

Sultan Perak Darul Ridzuan ke 35

By On May 29, 2014
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU



Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah: "Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."


Raja Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah
  • Diputerakan pada 27 November 1956
  • Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali
  • Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987
  • Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007
  • Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah

Pendidikan
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979)
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984)

Khidmat
  • Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989
  • Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005
  • Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak-29/5/2014


#sayaanakperak

Sultan Perak Mangkat

By On May 29, 2014
Assalamualaikum


Seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak merafak sembah takziah di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah semalam (28 Mei 2014, jam 1.30 petang).


Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum, khasnya Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Bainun, serta anakanda-anakanda baginda dan kaum kerabat lain serta rakyat Perak.

Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Baginda Sultan merupakan di antara contoh terbaik didalam institusi Diraja negara kita.


Al-Fatihah

Friday, May 23, 2014

NEW PRODUCT LAUNCH: Phytocol ST

By On May 23, 2014
Ok...sesiapa yang ada masalah kolesterol tinggi ataupun yang suka makan makan yang berklesterol tinggi ataupun yang mempunyai nafsu makan yang tidak terkawal, boleh lah mencuba produk terbaru Shaklee ni iaitu PHYTOCOL ST yang akan dilancarkan pada Jun 2014 nanti.




APA FUNGSI PHYTOCOL-ST?

Ia bertindak untuk menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.





APA KEISTIMEWAAN PHYTOCOL-ST?
**Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
**Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
**Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian yang dilakukan.
**Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
**Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.






BAGAIMANA FOTISTEROL BERTINDAK?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda


BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN PHYTOCOL-ST?

**Buat pesanan anda sekarang. Produk ini dijangka tiba di Malaysia pada Jun 2014!

Friday, May 16, 2014

Al-Fatihah buat Arman Dani

By On May 16, 2014
Innalillahhiwainnalillahhirojiun....

Arman Dani telah kembali kepada Penciptanya.

Tak dapat saya mengucapkan apa-apa kecuali Salam takziah kepada mama dan babah Arman. Semoga kedua-duanya tabah dan redha di atas kehilangan ini.
Arman Dani akan sentiasa diingati.
Ya Allah....


Buat sahabat saya Lady @ Molie Arie....walaupun kita tidak pernah bersua muka dan hanya berhubungan di media sosial, semoga kamu tabah dan tenang ye.

"There is nothing that symbolizes loss or grief more than a mother losing a child".

Al-Fatihah

Happy Teachers Day

By On May 16, 2014



16 Mei.....

Happy Teachers Day kepada semua warga pendidik.

Dah lama meninggalkan alam persekolahan. Terima kasih buat semua guru-guru yang telah mengajar saya dari alam pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. 
Anda semua insan-insan yang HEBAT.

Dalam perjalanan balik kerja semalam, Cik Ila berbual dengan Alisha tentang hari guru. 
Terus dia cakap nak bagi coklat pada Teacher Nani dan Teacher Ida.
Ibu ikut je lah....malam nya sibuk buat kad pula.

Yang penting...Alisha happy. Dan terima kasih kepada semua teacher di Tadika Universiti Malaya.

Teacher Nani

Teacher Ida

Thanks for reading this entry...

Friday, May 09, 2014

Kuih bangkit...sedapnya

By On May 09, 2014
Assalamualaykum

Salam pagi Jumaat


Muka ceria Alfeey pagi ni.

Bangun tidur je terus request nak makan kuih bangkit.

Pastu duk puji lah "sedap...sedap...sedap..."

Ibu beli dekat Kings dengan harga RM5 ringgit je satu bekas tu.


Kuih bangkit juga dikenali sebagai tabioca biscuit. Tapi kat kampung....panggil kuih bakar je :)
Siapa yang suka?


Popular

Blog Archive