Bestnya tinggal di kampung

Best kalau tinggal kat kampung. Ada banyak ruang untuk berbakti kat tanah. Sekali sekali balik kampung memang enjoy tengok pokok-pokok buah kat keliling rumah. Ada durian, manggis, rambutan, mempelam dan petai. Bila tiba musim memang puas hati. rasa nak makan pergi ambil je.


Fresh dari pokok.
Yang best tentang durian ni, isinya sangat tebal. Makan seulas pun dah rasa penuh. 
Abah saya akan petik dari pokok sebab kalau tunggu dia luruh sendiri buah jadi lebam dah tak cun. Yang masak, kulit dia akan merekah sendiri. Tak pun tunggu dua tiga hari sampai tangkai dia tercabut sendiri. Fuhh...puas makan.


Yang ni pulak proses membuat tempoyak oleh mak saya
Jeruk petai dan tempoyak memang sentiasa ada. Ye lah siapa yang nak habiskan kalau kami-kami kat perantauan ni tak balik kampung. Mak siap kirim kan kat saya kalau adik balik kampung.

Pokok kesum, pokok kari, daun pandan, pokok cili, pokok kunyit dan lain-lain untuk kegunaan memasak memang kat luar dapur. Nak guna terus je ambil. Best kan mak saya. Orang kata tangan sejuk, semai atau tanam apa pun semua nya jadi. Tak macam kita yang duduk kat bandar dan dikelilingi dengan hutan batu ni, semua nak kena beli di kedai. Adeh....kesian kan kita yang duduk kat bandar ni. Nak pulak macam saya yang duduk di rumah atas kayangan ni.

Sekarang baru nak berjinak-jinak dengan bercucuk tanam (dalam pasu saja lah). Setakat ni ada pokok kari, daun  pandan dan daun kesum. Tapi nak kena jaga selalu sebab ada kucing yang berani jadikan pasu saya ni sebagai tandas dia pulak. Kalau saya nampak memang kena halau (shuhhh dengan mulut je). Pastu mencicit lari.


Pokok tomato: Baru seminggu semai.

Tak sabar nak menyemai pokok-pokok sayur yang lain pulak. Nak jadi urban farmer lah konon-kononnya. Wish me luck ye.

Post a Comment

0 Comments