Follow Me @noorshafila

Saturday, November 28, 2015

Chocolate Eclair yang mudah

Chocolate Eclair yang mudah

Cubaan membuat chocolate eclair petang tadi. Biasanya makan saja bila ada jamuan kat ofis. Masa buka fb petang tadi terjumpa lah pulak resepi nya. Dan rasa macam senang je. Lagi pun, sekarang Alisha tu suka sangat makan. Ada je mulut dia nak mengunyah. Kalau makan nasi, ada masak lemak atau sup memang bertambah-tambah dia makan. Sampai kena suruh berhenti. Bagi dia try rasa pulak.

Bahan-bahan untuk buat chocolate eclair ni:

70 g marjerin/butter
150 ml air
100 g tepung gandum - diayak
2 biji telur
100 g coklat masakan

Sediakan tray dan gris dengan marjerin/butter dan panaskan oven 200 C.
Satukan marjerin dan air dan didihkan atas api sehingga larut. Perlahankan api.
Masuk kan tepung sedikit demi sedikit. dan kacau dengan cepat sampai jadi macam doh.
Biarkan sejuk sikit.
Bila dah sejuk, masukkan telur satu persatu dan pukul sampai jadi macam berkilat.
Masukkan dalam piping beg dan paip atas tray tadi.
Gariskan bahagian atas adunan dengan lidi atau garfu.
Bakar dengan suhu 200C selama 20-25 minit.
Dah masak, keluarkan dan biarkan sejuk.

Salut bahagian atas eclair dengan coklat masakan yang telah dicairkan secara double boiler.

Biar sejuk dan enjoy :)

Chocolate Eclair yang mudah

Yang comel-comel untuk anak-anak. Suka Alisha meratah coklat tu. Puas dapat makan hasil tangan sendiri. Korang pun cuba lah. senang sangat membuatnya. Happy weekend ye.

Bye...Bye...Bye...





No comments:

Post a Comment