Saturday, November 28, 2015

Juara Parodi 2015 Minggu ke - 4

Juara Parodi Minggu 4 | CIM mengantuk betul malam tadi. Sambil dok layan messenger dengan Azlinda Alin, tengok juga sampai persembahan SKRU saja kot. Lepas tu terus terlelap. Bila free sikit baru tengok yang record punya :) Tukar satu line, lagu jadi lain.



Juri jemputan malam tadi adalah Datuk Yusuf Haslam. Tema malam ni adalah "Suami meminta kebenaran isteri untuk ..." dan perkataan wajib adalah PAYUNG EMAS.

Kedudukan Juara Parodi masa awal konsert adalah kumpulan Juri dan Cuba Teka di tempat pertama dan kedua. Tapi korang jangan risau, diakhir konsert semuanya berubah. Hebatkan, bila guna juri profesional untuk memberi markah dan tidak hanya bergantung kepada keputusan sms semata-mata.

Aturan konsert malam tadi adalah:

1. Kobis Pedas - Usang
2. Black Dot Chey - Luka Seribu Rindu (R&B)
3. Cuba Teka - Lamunan Terhenti (Rap)
4. Slumber Blur - Setelah Aku Kau Miliki (Raggae)
5. Skru - Apa Khabar (Irama Malaysia)
6. Senaman - Baldu Biru (Latin Jazz)
7. Mawi & The Loyer - Itik Gembo-Gembo (KPOP)
8. Juri - Sonata Musim Salju (ROCK)
9. Righthanded - Wajah (Dangdut)
10. Abang Face - Teratai (Pop Yeh Yeh)

Bagi CIM, persembahan Abang Face memang best. Sam untung dapat Joey dan Syuk sebagai partner sebab depa berdua dah memang lawak dan Joey dan Syuk untung dapat Sam sebagai partner sebab beliau merupakan penulis lirik yang hebat. Slumber Blur pun sama. Parodi yang sedap didengar dan kelakar. Di tambah pulak dengan Mark Adam. Dengar cara dia bercakap pun dah nak ketawa. Hehehe...Shuib guna Siti Sarah sebagai prop. Nak tambah anak lagi ye. Mawi & The Loyer pun not bad. Lirik diorang simple je tapi skit depa yang menarik. Mungkin sebab lagu yang depa dapat tu. Happening bila transform ke KPOP.

Untuk malam ni juga, persembahan Juri, hanya Ajak seorang yang menyanyi. Hattan di mana? Hattan di mana?

Dan di akhir konsert, juara untuk minggu ini adalah kumpulan Abang Face. So, depa ada peluang untuk pilih lagu untuk minggu depan.

Bye...Bye..Bye...

1 comment:

  1. ala... xpernah tgk juara parodi... xde siaran ni kt umh... huhu

    ReplyDelete

Ad Banner