Shopping di LAZADA

Breaking

Thursday, February 25, 2016

Petua Asas Membaca

Assalamualaikum semua.

Hari ni CIM nak kongsi dengan ibu bapa kat luar sana yang runsing anak tak boleh mengenal huruf dan membaca lagi. Gara-gara Alfeey lah ni. Hahaha....sejak tahun lepas sebenarnya CIM masukkan Alfeey ke tadika yang sama dengan kakak. Dalam pemikiran ibu ni, 4 tahun untuk menggalakkan perkembangan sosial dia saja. 

Berbeza dengan kakak, masa kakak masuk tadika 4 tahun dulu, dia dah kenal semua huruf dan nombor. Dan tak de masalah untuk membaca bahasa dan english, sebab kat rumah pun dia cukup rajin main dengan buku. Jadi bila masuk tadika cikgu cuma nak polish je lagi. CIM guna flash card dan koleksi bacalah anakku dan read easy. Mudah sangat.

Tapi dengan Alfeey (sebab anak lelaki ke?) flash card dia buat main saja. Buku bacalah anakku dan read easy tu jadi macam pameran kat rak buku je. Pening haih... sebab masuk 5 tahun memang silibus kat tadika dia memang dah kena membaca. Lagi lah ibu pening kepala. 


Tengok tu.... kalau dapat telefon ibu atau abah, memang tak peduli benda lain dah. Tapi Alhamdulillah, habit ni dah berjaya di atasi.

Risau juga, kalau CIM leka, dia ketinggalan pula di tadika. Sudah lah sistem pendidikan sekarang ni, nak masuk tahun 1 akan ada ujian saringan. Masalah pula nanti. Nasib baik lah, kat fb tu ramai parents yang rajin berkongsi maklumat. CIM terjumpa dokumen - Petua Asas Membaca ni. Katanya kaedah penyelesaian kepada LINUS dan PEMULIHAN. Tulisan yang berwarna dan banyak gambar menarik. Kena ajar Alfeey membaca dengan cara tradisional. Kaedah phonics tak jalan lah kat dia :)


Kalau ada yang nak dapatkan file untuk dokumen ni untuk anak-anak. Boleh  dowload kat link ni http://www.slideshare.net/elishasofiya/2petua-asas-membaca

Selamat mencuba ye.

1 comment:

  1. Bagus ni CIM..sebab budak lelaki memang lambat sikit cakap,membaca dan menulis ni banding perempuan..tapi mereka agresif dan praktikal..

    ReplyDelete