Day 1 Challenge: Siapa saya?

Hi semua. Nama betul kita adalah Noor Shafila. Owner blog Cik Ila Menari ni. Korang panggil Cik Ila sudahlah. Berasal dari Perak dan sekarang menetap di Selangor. Lahir pada 14 Disember dan merupakan anak sulung dari 5 beradik. Kedua-dua orang tua masih lagi sihat. Doakan umur mereka panjang ye.

Bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik dan seterusnya melanjutkan pelajaran di UM. Sekarang bekerja  di UM juga. Ironinya, anak-anak pun bersekolah di Tadika UM. Jodoh panjang dengan UM ni. Nasib baik tak jumpa jodoh kat UM. Hahaha...

Kita ni dah berkahwin dan ada tiga orang anak - Alisha Adnain, Alfeey Adham dan Aleena Aisya. Alhamdulillah, bersyukur dengan amanah Allah ni. Semoga depa bertiga membesar sebagai insan yang beriman dan berguna. Bersyukur sangat dapat abah depa sebagai suami.

Secara peribadi, kalau orang tak kenal mesti kata kita sombong dan garang. Tapi kalau dah kenal... not bad lah. Boleh bawa ke tepi dan ke tengah. Tak punya ramai kawan mungkin sebab ingat kita sombong kot. Alhamdulillah... kat media sosial banyak juga kenalan walaupun tak rapat. Harap korang yang baca ni sudi lah jadi friend kita ye.


Itu saja kot. kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi. Tinggal kat komen ye :)


Post a Comment

9 Comments

  1. thanks for your support.. nanti update link di post JDT Blogger ya..

    "31 Days Challenge by JDT Blogger" - Day 1

    Sila tinggalkan link blog post/ facebook/instagram di ruangan komen untuk tujuan pantauan pihak admin dan juga membolehkan blogger lain untuk blog walking.

    Thanks for your support! ;)

    #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

    ReplyDelete
  2. hi salam perkenalan dari saya..join juga :D

    http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-1.html

    ReplyDelete
  3. Hye. Uyul join jugakk. Salam kenal.

    http://www.uyulrosli.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-1.html

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cik Ila, hihi selamat berkenalan... =)

    ReplyDelete
  5. hye sis ila . hihi. selamat bersegmen^^


    *a visit from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-1-siapakah-saya.html

    ReplyDelete
  6. hai cik Ila..kita baru sempat nak berblog walking ni.
    salam kenal. jemput jengah blog kita ye kat :
    asheeqmazmi.blogspot.com

    ReplyDelete