Follow Me @noorshafila

Thursday, February 16, 2017

Bihun Goreng Daging


Bihun goreng adalah menu yang paling Cik Ila susah nak buat. Bukan susah dari segi bahan dan cara nak buat tetapi susah dari segi nak dapatkan hasilnya. Sudah berkali-kali Cik Ila cuba sampai timbul rasa fed up dan tak nak buat lagi sampai bila-bila. Tapi bila anak-anak berdua tu dah minta nak makan juga, kena lah masakkan juga. Lagi pulak, siap demand tak nak sayur. Jadi taugeh memang NO lah. Nanti jadi kerja pulak nak kutip satu-satu letak tepi. 

Bihun goreng daging

Selalunya, bila bab makanan goreng-goreng macam ni, MR yang akan masuk dapur. Tapi sebab hujung minggu dan MR pula kerja hari tu, omma lah kena buat. Sebab nak ikut citarasa anak-anak kesayangan tu yang tak nak pedas dan tak nak sayur..... jadilah bihun goreng daging yang simple tapi sedap.

Bahan-bahan

1. Bihun - rendam dengan air panas
2. Bawang merah
3. Bawang putih
4. Sos tiram
5. Sos Cili
6. Kicap manis
7. Daging (potong kecil)
8. Lobak merah - potong panjang dan nipis (nasib baik depa makan lobak)
9. Telur - goreng hancur untuk hiasan.


Semuanya Cik Ila agak-agak saja. Ikut kuantiti bihun yang kita guna. Bila dah masuk bihun dan sebati dengan perencah, kena perlahankan api, untuk bagi bihun tu lembut (Cik Ila baru tahu.... patutlah selama ni, masak bihun keras macam dawai). Kemudian rasa masin dan manis bihun tu dan tabur telur hancur sebagai hiasan. Tutup api dan hidang kan.

Cik Ila Menari

Alhamdulillah, bihun goreng menjadi kali ni. Tengok tu Alfeey, habis dalam pinggan dia, kacau pula pinggan kakak. MR pun makan bertambah. Kena pula dengan cili jeruk. Memang menjilat sudu lah. Lagi pulak bila kita masak dengan penuh keikhlasan. Bertambah-tambah sedapnya.

5 comments:

  1. mihun goreng buh daging, akak suka sis:) yumyum... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ila pun suka. Kalau balik kampung, paling tidak sekali mesti minta mak masakkan sebab rasa bihun masakan mak tak leh dapat kat tempat lain.

      Delete
  2. sedapppp ni! kalau letak togeh lepastu ada sambal kicap memang lagi sedap kak hehe.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap, memang febret mihun goreng daging ni.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ila,

    Nampak sedap bihun goreng hasil tangan Ila.. It's okay, kata orang practice makes perfect.. Bihun antara makanan kegemaran saya lebih2 lagi bila banyak accessory dalam tu.. hehehe mmg sedap.. ;-)

    ReplyDelete

Broaden News