Cara hilangkan rasa hanyir ikan patin

Nak hilangkan rasa hanyir ikan air tawar | Cik Ila pada asalnya, bukanlah penggemar ikan air tawar ni. Tapi selepas berkahwin dengan MR, terus terikut-ikut sekali dengan kegemaran dia.

Kalau balik kampung Cik Ila (Gerik), memang MR akan ke pasar, menunggu ikan sungai. Sebarau, lampam, tengas, tenggalan, kelabau, talapia, keli, baung dan patin. Maaf lah ye, Cik Ila tak pasti yang mana satu namanya. Banyak sangat. Yang Cik Ila tahu dan kenal adalah ikan patin, keli, talapia dan baung saja. Yang lain-lain tu, Cik Ila panggil ikan banyak sisik je. Tapi kali ni, Cik Ila
nak cerita tentang ikan patin je. Sebabnya balik kampung minggu lalu, MR dapat beli ikan patin saja.

Siapa suka ikan patin kat sini? Lembut je isinya. Paling best makan ikan patin yang baru ditangkap.
Masak pulak menu asam pedas tempoyak. Terliur tak? Sebut nama je pun Cik Ila dah terliur ni.

Cara nak hilangkan rasa hanyir ikan patin
Bab menyiang ikan, memang serah sepenuhnya pada MR.

Seekor ni RM38. Masih hidup lagi. Berat dalam sekilo lebih. Harga kira okey lagi. Sebab MR
pernah beli dengan harga RM60+ seekor. Tak sampai sekilo pun beratnya. Tapi bila dah nama
ikan air tawar ni, mesti tak lari dari berlendir, berbau dan rasa hanyir. Paling tak best bila dah siap masak, masa nak makan tu, bila masuk je ikan dalam mulut, masih lagi terasa hanyir. Terus terbantut selera. Lagi kuat rasa hanyir tu pada bahagian perut. Bahagian ni yang paling Cik Ila
suka sebab sangat lembut, gebu, berlemak dan tak bertulang. Tu sebab, Cik Ila jarang beli lauk
ikan patin yang siap masak di kedai makan.

Mesti ramai dah tahu, nak hilangkan lendir dan bau hanyir tu, kita boleh guna limau nipis, asam jawa, asam keping dan garam. Tapi tahu tak.... macammana nak hilang rasa hanyir ikan. Kalau udang, kita keluarkan urat dibelakang badan udang. Tapi kalau ikan patin...urat putih pada kedua-dua belah badan ikan. MR biasanya, akan potong dulu baru tarik keluar urat putih tu. Senang sikit.

Cara nak hilangkan rasa hanyir ikan patin
Cara nak keluarkan urat putih pada badan ikan patin.
Alhamdulillah, kalau buat cara ni, takkan ada lagi rasa hanyir pada lauk ikan patin yang di masak. Menambah-nambah makan. Tak percaya? Cuba dulu ye.



Post a Comment

4 Comments