Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

Permohonan Online Murid Tahun 1 | Tiga tahun sebelum ni, masa Cik Ila buat permohonan untuk daftar Alisha ke tahun 1, sistem yang digunakan adalah berbeza dengan yang sekarang ni. Sekarang semua Permohonan Online Murid Tahun 1 menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). Cik Ila nak daftarkan HERO seorang tu. Macam tak percaya je tahun depan nak naik ke tahun 1.

Untuk makluman semua, Permohonan Online Kemasukan Tahun 1 di seluruh Semenanjung Malaysia untuk 2018 dan 2019 dibuka mulai 1 Mac 2017 - 30 April 2017.
 Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018


Untuk akses modul SPATKPM ni, ibu bapa kena buat pendaftaran kali pertama untuk buka akaun di atas nama sendiri dulu. Lepas daftar masuk dengan id kad pengenalan kita, baru boleh isi maklumat anak yang nak didaftarkan. Ada 5 tab yang perlu diisikan semuanya. Nampak macam banyak tapi senang je sebenarnya.


Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

Bila masukkan nombor MyKid, automatik maklumat anak akan dimasukkan. Ibubapa hanya perlu masukkan maklumat prasekolah/tadika anak saja, rekod imunisasi anak. Untuk maklumat penjaga pun sama, bila kita masukkan carian kad pengenalan, automatik maklumat akan dimasukkan. Tapi semaklah dulu untuk pastikan semuanya betul. Bila dah simpan semua maklumat tu baru boleh masukkan maklumat permohonan. Pilihlah sekolah mana yang nak dipohon. Akhir sekali buat perakuan dan hantar. 

Untuk Maklumat sejarah imunisasi bayi/kanak-kanak, masukkan satu maklumat sahaja sudah memadai. 

Bagi yang bermasalah untuk mengisi Maklumat Penjaga, (1) pastikan anda masukkan no kad pengenalan penjaga utama iaitu suami dalam kotak carian. Hanya nombor sahaja. (2) kotak ini akan muncul dan klik OK. Maklumat tentang bapa akan keluar sendiri. 



Semakan Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

Lepas 14 hari permohonan, cetak surat di bahagian SEMAKAN (Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatandan hantar ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan.

Bawa bersama senarai semak dokumen yang dperlukan:

1. Surat Beranak/Sijil Anak Angkat - Asal dan Salinan
2. Bil Utiliti (Bil TNB/Air/Telefon) - Asal dan Salinan
3. Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga - Asal dan Salinan
4. Surat Nikah - Salinan
5. Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (jika berkaitan) - Asal
6. Laporan Doktor & Kad OKU jika berkaitan - Asal dan Salinan
7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi - Asal

Kemaskini permohonan boleh dilakukan sebanyak 3 kali. Pastikan ada buat perakuan semula selepas buat proses kemaskini ye.

PPD akan buat proses penempatan. Kalau berjaya...Alhamdulillah. Kalau tak berjaya cuba buat permohonan rayuan. Harap entri ni dapat membantu ibubapa yang kali pertama nak mohon anak ke tahun 1.

Cik Ila harap Alfeey dapatlah sekolah yang dipohon ni maklumlah, di kawasan perumahan Cik Ila ada dua sekolah kebangsaan.  Senang sikit sekolah sama dengan kakak.


Post a Comment

50 Comments

  1. tadi try jugak masuk nak daftar sekolah utk adik , cari lah jugak mana nak print..rupanya kena tunggu 2 minggu erk baru boleh print

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh print Anzraa. Klik pada button semakan tu. Ada dua link warna biru untuk borang2 tu. Simpan dan bawa ke sekolah nanti. Nak prin kemudian pun boleh nanti.

      Delete
  2. nak tanya bahagian maklumat kesihatan tu boleh ajar tak nak isi macam mana?=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Arissa. Cik Ila ada masalah nak isi maklumat vaksin sebelum ni. Masuk semua maklumat bila SIMPAN, tak boleh pulak. Penyelesaiannya: Masukkan satu maklumat vaksin iaitu BCG saja dah memadai. Nanti masuk sekolah, pihak sekolah akan minta maklumat ni lagi.

      Delete
  3. Hi cik Ila. Nak tumpang tanya ni bila masa nak key in maklumta penjaga tu dalam petak carian no kad pengenalan tu dia keluar NO KP TIADA DALAM PANGKALAN DATA!!! so macam mana dengan ni. harap tunjuk ajar sikit. I try to key in manually dan klik simpan tapi miskinpun ia pop up maklumat penjaga berjaya disimpan tapi i tetap dapati semua kolumn maklumat tu kosong dan I tak dapat terus ke petak maklumat permohonan. :(

    Terima kasih.


    dari saya Wai.

    ReplyDelete
  4. Hai Wai. Cuba refresh dan masukkan semula no kad pengenalan dalam kotak carian.
    Pastikan masukkan no kad pengenalan penjaga utama (suami).

    ReplyDelete
  5. Hi sis..mcm mne nk buat yer klau buku rekod kesihatan anak tu hilang..tak ingat pulak smua tarikh imunisasi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi CT, cuba pergi balik klinik tempat anak ambil imunisasi dulu. Biasanya klinik ada simpan rekod imunisasi tu.

      Delete
    2. hi sis..kalau klinik tak de rekod imunisasi tu jugak? sbb anak lahir dekat swasta, n tak de buku pink...macam mane ye????

      Delete
    3. kebiasaannya, anak akan diberi imunisasi - vaksin bcg selepas dilahirkan (hari kedua). Mesti ada rekod walaupun lahir di hosp swasta. Mohon semak balik rekod kelahiran anak.

      Delete
    4. Hi Cik Ila,

      Mana boleh dapatkan borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi? Sebab sekolah minta

      Delete
  6. Hi Cik Ila,
    Mana boleh dapat borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi? Sebab Sekolah tu minta boring ni. I tak dapat cari dari online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Chlov,
      Pada tab Maklumat Kesihatan tu, bahagian bawah sekali ada kotak kecil yang menyatakan kita setuju untuk terima perkhidmatan kesihatan dan imunisasi. Boleh print dalam SEMAKAN. Ada dua link biru:
      1. Cetak Surat Permohonan Sekolah
      2. Cetak Surat Persetujuan Kesihatan
      Print saja.

      Delete
    2. itu sebelum save , lepas save nak pi cari kat mana??

      Delete
    3. tak ada pun..bagi detail sikit bleh tak step stepnya..

      Delete
    4. Jeff hor : dah isi semua maklumat, save dan sahkan permohonan (pada tab PERAKUAN). Nanti print pada bahagian SEMAKAN. Pastikan you tick pada bahagian setuju untuk terima perkhidmatan kesihatan dan suntikan.

      Delete
    5. tunpang tanya..sya dah daftar..tp sya punya takde semakan yang ada kemaskini...macm mne print nye

      Delete
  7. syabas, blog anda lebih membantu dari laman web kementerian :) apalah nasib rakyat Malaysia, cari maklumat kat blog lagi senang dari cari kat tempat rasmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih syed aje. Suka Cik Ila dapat membantu.

      Delete
  8. hi sis..macamane nak print maklumat anak..sbb bila log in blk tak jumpa..sblm ni da buat tapi separuh jalan kat maklumat kesihatan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena lengkapkan dan sahkan. Nanti akan ada 2 form untuk diprint.

      Delete
  9. salam nak tanya ada ke kena masukkan detail ibu dalam tu pasal saya cari tak jumpa tapi bila saya print dan hantar ke sekolah cikgu reject pasal tak lengkap nama ibu di ruang mana yg nak letak detail ibu iya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Kena isi maklumat bapa lengkap dulu.

      Delete
  10. sis kena tak kluar borang pdahal
    dah tekan untuk cetak berjam2 tunggu untuk loading borang tp tak kluar .. sistem problem ke apa ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sistem problem. Ataupun capaian internet tak bagus.

      Delete
  11. cik ila. nak tumpang tanya sebab saya isi borang manual tahun lepas untuk sekolah di kl. untuk penempatan tahun 2018. macam mana nak buat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba puan semak di sekolah yang puan pohon. Saya pun tak pasti.

      Delete
  12. Hi Selamat Petang

    Boleh saya dapat borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi semasa menghadari Hari Orientasi Murid pada 29 December 2017.

    Terima Kasih
    Dass

    ReplyDelete
  13. cik ila.. saya nak tanya, kalau buku imunisasi anak tak lengkap, mksud sy, dia stop ambik imunisasi kat klinik umur setahun atau bwah 6 bln .. mcm mn ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai puan,

      Bagi imunisasi yang tidak lengkap, puan masuk kan saja mana yang ada dulu.

      Delete
  14. Assalamualaikum puan,macamana ya nak buat kalau saya da lebih tiga kali kemaskini. Sy nk kemaskini lagi da tak boleh da. Limit tiga kali. Sy da hantar borg ke sekolah tp sekolah call kata anak xleh sekolah situ sbb sekolah tu lelaki saja. Sy xtau sbb ingt sekolah tu smua boleh dan dekat dgn rumah. Baru pindah tak tahu tu sekolah laki. Hahaha malu sungguh. Tp da tak boleh kemaskini.. Da lebih limit... Mcmana ye.. Pls pls help me. 1st time daftar anak sekolah.

    ReplyDelete
  15. salam cik ila nk tanye salinan dokumen perlu disahkan tak sebelum hantar ke sekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi @Isyabutterfly,

      Tak perlu sahkan. Cuma bawa sijil lahir yang asal masa hantar dokumen ke sekolah. Nanti pihak sekolah akan cop dibelakang sijil.

      Delete
  16. Saya dah kemaskini lebih dari 3 kali....macam mana kalau mau kemaskini yg kali 4....tinggal 1 surat gi yang salah

    ReplyDelete
  17. Saya dah kemaskini lebih dari 3 kali....macam mana kalau mau kemaskini yg kali 4....tinggal 1 surat gi yang salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. for online application hanya boleh kemaskini sebanyak 3 kali

      Delete
  18. Hi, boleh saya tanya, berapa sekolah boleh dimohon? sebab ada kawan-kawan yang mendaftar guna cara manual boleh memohon 3 buah sekolah (diberi pilihan 3 buah sekolah). Tapi bila isi borang online mcm 1 buah sekolah saja bole dipilih? Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Hi, Boleh tumpang tanya berapa buah sekolah boleh dimohon?
    Kawan2 yg isi borang secara manual ada pilihan utk isi 3 buah sekolah.
    Saya isi borang online hanya boleh pilih 1 sekolah saja. Adakah saya perlu klik bahagian 'Kemaskini'? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. online application boleh pilih 1 sekolah saja.

      Delete
  20. Hai, bleh says tnya mcamna nk isi smula mklumat imunisasi pada borng permohonan saya.trlepas pandang stelah dprint dn hntar disemak tiada(tiada imunisasi). Phak skolah sruh baiki blik dlm sistem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan klik pada bahagian kemaskini. Untuk kemaskini kita boleh biat 3 kali sahaja ye.

      Delete
  21. Puan, lps dh submit semua document kat sekolah, ape lagi nk kene buat ye? Dlm sistem ade bahagian tarikh perakuan sekolah. Tp xde plak tick kaler hijau tu..risau plak saya..huhu

    Terima kasih puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh perakuan sekolah tu sekolah punya part, Pn Ayu tunggu saja bulan July untuk penempatan.

      Delete
  22. Nak tanya semua ah kak kenapa I tak boleh buat semakan permohonan , dia keluar maaf,tiada sebarang Permohonan bagi masa ini.. dia tak keluar data pun, risau la saya...ada tak kawan kawan pernah madam tu, lepas macam mana nak selesai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah di kawasan mana tu puan, kalau sekolah di Putrajaya, keputusan ditangguhkan dulu. Sehingga hari ni, belum ada lagi yang ada masalah untuk buat semakan. Tapi kalau semua maklumat semasa permohonan dulu dah settle, should be no problem. Mungkin puan boleh berhubung dengan KPM +603-8000 8000.

      Delete
  23. Salam puan..nak tnya boleh x guna id saya yg sedia ada utk tlg daftarkan anak kawan saya bagi pihak dia.

    ReplyDelete
  24. Salam puan... nak tny ada cara tak bagaimana utk dptkan rekod imunisasi anak dari sistem tu? utk ank bersekolah darjah 1 tahun 2019..
    semua rekod sy sudah hntar pd sekolah, tp sekolah bg hilang..buku imunisasi anak pula entah ke mana sbb pindah rumah..ada cara tak? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Pergi balik ke klinik di mana anak puan di vaksin. Mesti ada rekod di sana.

      Delete




  25. salam cik...kenapa sy tak boleh masuk ke ruang permohonan baru? bila masukkan mykid no. anak dia tak keluar apa-apa. cuma ada button semak saja. Bila ulang tekan tak keluar juga. Macam mana ye?






    ReplyDelete