Resepi Masalodeh, kuih dari kacang dal

Assalamualaikum,

Hari ni kerja selepas cuti tiga hari mula lah rasa lemau je. Kat tempat kerja Cik Ila akan mula audit dalaman hari ni. Lagi lah ber lemau lemau rasa perasaan ni. Adoi... Cik Ila semangat sikit. Korang jangan ikut perangai buruk Cik Ila tau :)

Apa sarapan yang korang makan hari ni? Eh..dah nak masuk tengah hari. Tak kisahlah kan. Cik Ila baru je makan 3 potong kek lapis Sarawak. Lama tak makan sebenarnya selepas MR balik berpindah ke semenanjung. Ingat dulu, tiga bulan sekali mesti dapat makan. Eh..membebel panjang pulak. Sebenarnya, untuk entri ni Cik Ila nak cerita tentang kuih masalodeh. Kuih kegemaran Cik Ila. Nak dapat yang sedap beli kat kedai mamak. Kalau beli kat makcik jual kuih, memang selalu tak menepati cita rasa. Terlebih garing sebab nipis, tak gebu, kurang rasa dan macam-macam lagi lah. Tapi tak boleh lawan rasa bila kita buat sendiri.

Masalodeh, kuih dari kacang dal

Dah lama sebenarnya Cik Ila beli kacang dal tu. Dari sehari ke sehari nak buat asyik tak terbuat je. Alang-alang dah cuti semalam. Bangun pagi je, terus cuci dan rendam. Dekat 5 jam juga Cik Ila rendam. Sebelum tos airnya bagi kering sikit. Malas nak menumbuk, masuk je dalam food processor.

Ok, jom tengok bahan-bahan untuk buat masalodeh ni:

1. Kacang dal - kisar sampai hancur
2. Bawang besar - Cik Ila suka potong mayang
3. Daun kari - dua tangkai
4. Cili kering - potong halus
5. Jintan manis - satu sudu
6. Garam dan serbuk perasa

Masalodeh, kuih dari kacang dal

Bila dah hancur semuanya, letak tepi sekejap dan prepare bahan-bahan lain.

Masalodeh, kuih dari kacang dal

Masukkan saja bahan-bahan yang dah dipotong tadi.

Masalodeh, kuih dari kacang dal

Gaul bagi sebati semuanya. Cik Ila ketepikan sekejap dalam setengah jam bagi semua rasa sebati.

Masalodeh, kuih dari kacang dal

Saiz ikut suka korang. Sedang-sedang je. Bentukkan bulat2 dan balik-balik di tapak tangan untuk bentukkan dia macam gambar kat atas tu. Syok tengok adunan kacang dal ni beratur nak tunggu masuk dalam mandian minyak panas :)

Masalodeh, kuih dari kacang dal

Guna api kecil je. Kita tak mau kuih ni masak mengejut. 

Masalodeh, kuih dari kacang dal

Hasilnya. Garing di luar dan gebu di dalam. Cukup rasa dan sedap. Puas makan.

Senangkan. 


Post a Comment

6 Comments

  1. dah masuk dalam buku resepi, balik nanti tunjuk dekat mak hahahaha

    New chapter of Being Me : http://ameridzuan.blogspot.my/2017/04/being-youngest-son.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi....mak Amer buat mesti lagi sedap. Selamat mencuba.

      Delete
  2. Wah pandai Ila buat yer..akak tak berapa nak reti buat kuih hehehe..

    ReplyDelete