Singgah sekejap di Eden Cowboy

Ini throwback punya cerita :)

Kalau balik ke kampung MR, memang tak sah kalau tak singgah di Eden Cowboy (Kopi Koboi) di Tanjong Ipoh. Tapi timing kena ok lah sebab Eden Cowboy hanya buka dari 12 tengah hari sampai 6.30 petang saja. Kalau balik malam memang agak frust lah. Kalau sebelum ni tak banyak sangat menu yang ada, sekarang makin meriah.

Tapi masa balik januari lepas, dah bertambah pula menunya. Macam-macam ada. Tapi disebabkan Eden Cowboy di tepi jalan, memang tak lah kami makan kat situ. Tapau dan makan dalam kereta je. Bukan apa, takut anak-anak terlajak main sampai ke jalan. Cik Ila dah biasa beli noneh kocak, kopi koboi dan coconut shake. Tapi kali tu kami cuba menu baru.


Pisang Cheese dia memang super duper sedap. Rasa cream cheese melekat di lidah. Selama ni dok beli pisang cheese kat puchong tak pernah jumpa lagi yang macam ni.


Kelapo Koboi. Hat memang menyegarkan lepas minum. Lebih kurang macam ABC tapi dalam kelapa dan di guna ais kiub.


Coconut Shake. Memang wajib sebab ini kesukaan anak-anak. Pernah sekali coconut shake takde jadi MR beli noneh kocak sebagai ganti, merajuk sakan Alisha dan Alfeey. Tak pasal-pasal pulak kena beli lagi di tempat lain. Tapi rasa memang tak sama lah.

Balik bulan lepas dari Puchong, Eden Cowboy tak buka lagi, balik dari kampung pulak, dia dah tutup. Huhuhu.....Cik Ila frust menonggeng.

Korang kalau nak tau lebih lanjut, klik ➨ instagram Eden Cowboy

Post a Comment

6 Comments

  1. Ya Allah sedapnya coconut shake, pisang cheese, kelapo koboi. Mana nak cari kat sini 😭😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Syed. Kat tepat Cik Ila pun memang susah nak cari.

      Delete
  2. Hi,terima kasih kerana visit blog i tadi :) rupanya u pun foodie jugak :D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ... menangis tengok coconut shake tu huh...

    jemput join segmen amer ye :) http://ameridzuan.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist.html

    ReplyDelete