You Might Also Like

Breaking

Wednesday, May 03, 2017

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

3 Mei 2017 | Alfeey's First Semester Exams start.

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Alahai baru 6 tahun kot anak Cik Ila ni, tapi omma dia dah kecut perut bila nak periksa. 3 hari tau untuk 5 subjek - Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam (+ hafazan). Masa kakak dulu, Cik Ila tak de lah risau sangat sebab yakin dia memang boleh buat. Bukan nak bandingkan antara anak berdua. Tapi banyak betul perbezaan antara  anak lelaki dan anak perempuan, Lagi pulak bila anak lelaki tu anak kedua. Manja nya melampau-lampau. Semua perkara nak kena pujuk. Nak ulangkaji untuk exam ni pun nak kena pujuk. Haih.

Alfeey masuk tadika dari umur 4 tahun, tapi masuk 6 tahun, baru dia boleh membaca dengan lancar. Bab-bab kena menghafal macam hafazan memang dia paling tak suka. Matematik dengan sains dia paling suka. Bila ingat pe'el hero seorang ni, geram ada nak tergelak pun ada.

Tak pe lah, ibu doakan Alfeey boleh jawab soalan untuk exam nanti. Kita dah ulangkaji sama-sama. Sampai kena babab dengan ibu sebab cuai bila tulis terbalik. Buat yang terbaik dan semoga Allah permudahkan segalanya.

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Sebagai ibu bapa, boleh amalkan doa ini untuk anak-anak menghadapi peperiksaan. Semoga yang baik-baik saja datang kepada mereka.

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Rabbi yassir wala tu'assir
Rabbi tammim bil khair

"Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"






2 comments:

  1. good luck Alfeey. Tapi macam kesina pulak kecik2 mcm nie dah ada exam bagai... mmg budak-budak sekarang akan stress dari umur muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Liez, zaman kita dulu tak macam ni kan. Sekarang kalau buat betul2 ketinggalan pulak. Kesian cikgu2 yang terpaksa berdepan dengan sistem pendidikan sekarang. Anak2 lagi lah.

      Delete