You Might Also Like

Breaking

Wednesday, May 31, 2017

Salam Ramadan 1438H

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia dan bulan yang penuh keberkatan. Hari ini sudah masuk hari ke 5 kita menunaikan puasa. Macammana dengan puasa korang? InsyaAllah semoga semuanya dapat menjalani rukun islam ke 3 ini dengan sempurna hendaknya.


Agak sedih Ramadhan Cik Ila tahun ni. Kejadian yang sedih berlaku dalam keluarga Cik Ila. Ingatkan semua syaitan dan iblis dah dirantai sepanjang ramadhan. Rupanya masih ada lagi yang boleh menghasut manusia melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Tengok mak dan abah sedih memilukan rasa hati Cik Ila sebagai anak. Semoga Allah memberi ketenangan kepada mak dan abah sepanjang Ramadhan ini dan hari-hari selepasnya.

Begitu juga dengan abah mertua yang sedang warded dari Ramadhan pertama. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada abah.

Begitu juga dengan semua yang sedang membaca entri ini, semoga Ramadhan kalian diberkati Allah.

Amin.


No comments:

Post a Comment