Follow Me @noorshafila

Tuesday, May 02, 2017

Sukan Tahunan Sekolah Alisha 2017

29 April | Sukan tahunan sekolah Alisha

Sukan Tahunan Sekolah Alisha 2017

Hampir dua minggu jugalah, latihan sukan berlangsung di sekolah Alisha. Dah masuk tahun 2 ni, semua aktiviti sekolah dia excited nak sertai. Tahun lepas dia tak berpeluang sangat nak sertai acara sukan. Berkali-kali dia ingatkan, ibu bapa kena datang untuk sokong anak-anak. Alhamdulillah, tahun ada juga acara untuk dia sertai. 

Sukan Tahunan Sekolah Alisha 2017

Beberapa hari sebelum tu, dah ada beberapa acara sukan yang dijalankan. Sampai luka tangan dan lutut bersukan. Omma dia siap dapat panggilan dari sekolah untuk maklumkan Alisha luka sikit. Dapat juga emas bagi acara sukaneka tahun 2 sehari sebelum tu.

Sukan Tahunan Sekolah Alisha 2017

Macam biasalah, sebelum acara sukan bermula, mesti ada acara perbarisan, bacaan ikrar dan perasmian sukan. Tahun ni, ada cikgu yang ditugaskan untuk ambil kehadiran ibu dan bapa. Nak tengok penglibatan ibu bapa untuk aktiviti anak-anak di sekolah katanya. 

Cik Ila ingat lagi masa zaman sekolah dulu. Masuk atau tak acara sukan, mesti kena datang juga. Ibu bapa pun kena datang juga. Sekarang ni lain sikit. Walaupun dah dimaklumkan tarikh hari sukan ni awal-awal lagi, masih ada lagi ibu bapa yang duk tanya dalam group whatsapp sekolah, kalau anak tak datang sekolah tak pe tak pada hari tersebut.

Alasan paling win sekali, anak ada kelas tuisyen pada hari tersebut dan anak tak masuk apa-apa acara. Alahai...setahun sekali je kot. 

Sukan Tahunan Sekolah Alisha 2017

Suka sangat Alisha, bila cikgu masuk nama untuk acara 80m perempuan tahun 2. Kalau nak tahu, pagi tu baru cikgu bagi senarai nama untuk penyertaan. Maknanya, siapa yang datang akan dapat masuk acara sukan.  Alisha dapat no 2 bagi acara ni. Senyum meleret sebab dapat dua pingat untuk tahun ni. Satu emas dan satu perak.

Sukan Tahunan Sekolah Alisha 2017

Lepas je Alisha terima hadiah, jam dah pukul 11.30. Matahari memang tegak atas kepala. MR pun baru balik dari kerja pagi tu. Tak larat dah nak tunggu acara untuk ibu bapa. Kami balik je dulu. Cik Ila nak masak laksa. Big boss mengidam nak makan :)

1 comment:

  1. teringat zaman sekolah rendah dengan menengah kalau boleh nak masuk semua acara

    ReplyDelete