The Mumsy Journal

Dutch Lady Terbukti Selamat dan Sahih



PETALING JAYA, 28 Februari 2018 – Dutch Lady Malaysia hari ini mengesahkan bahawa semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia dan antarabangsa.  Hal ini telah disahkan oleh keputusan ujian rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Keputusan makmal KKM adalah 100% selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura.  Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran.

“Kami merasa sukacita dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penemuan kami sebelum ini bahawa tiada sebarang kekurangan dari segi kualiti produk dan susu kami adalah selamat untuk diminum.  Kami juga gembira bahawa penyiasatan kami turut mengesahkan bahawa semua produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

“Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” Gupta menambah.

Untuk pertanyaan lanjut tentang produk Dutch Lady, sila hubungi talian Dutch Lady Careline di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my/milkbatchinvestigation.

- Tamat   -


Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia,  FrieslandCampina, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, yang menerima anugerah sebagai Company of the Year 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai jenis produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk yang digemari ramai seperti jenama Dutch Lady dan Friso Gold™.

Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan empat institut/universiti penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) untuk mengkaji status pemakanan yang tidak mencukupi bagi kanak-kanak Asia Tenggara sehingga usia 12 tahun.

Mengenai Royal FrieslandCampina

Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien penting kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan hasil tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan salah satu daripada lima buah syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap untuk industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat-pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 orang ahli penternak tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium Рmenjadikannya salah satu dari koperasi tenusu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

Perhubungan Media

Shamsidar Yahya Nassim
Dutch Lady Milk Industries
Tel: 03-7953 2600 603

Iskandar Fareez/ Henry Khoo 
Text100 Malaysia 
Tel: 03-2282 2152/ 018-212 5155 
 


Share:

2 comments:

  1. Alhamdulillah...sbb anak minum dutchladay..

    ReplyDelete
  2. jenama yang terpercayai sejak dari dulu lagi

    ReplyDelete

About Me

My photo

Wife to MR
Mom to adorable and lovely Alisha, Alfeey and Aleena. Working Mom and a part time blogger. 

Powered by Blogger.

Popular Posts

Featured Post

Lazada Shopathon Blogger Contest

Blog Archive