Pening kepala bila fikir nak masak apa untuk anak-anak makan. Big boss kalau masuk dapur, setiap masakan yang dia masak mesti detail. Semua bahan kena ada. Berbeza pula dengan Cik Ila yang suka sediakan makanan yang simple. Tak pening kepala nak fikir. Contohnya kalau masak lemak, Cik Ila guna serbuk kunyit dan serai je dah cukup tapi kalau Big boss mesti nak guna kunyit hidup dan daun kunyit sekali. Nampak tak beza dia. Alhamdulillah, perbezaan ni lah yang melengkapkan perjalanan rumah tangga kami.

Baru-baru ni, Malaysia ada cuti hujung minggu yang panjang kan. Dua minggu berturut-turut pulak tu. Kami tak de cuti-cuti Malaysia pun sebab Big boss kena kerja juga in between hari cuti tu. Bila dah cuti, anak-anak cepat lapar pulak. Kejap-kejap ke dapur cari makanan. Cik Ila rasa macam banyak pula masa berada di dapur. 

Resepi donut lembut dan gebu yang senang
Aleena panggil kuit-kuit.

Hehehe.... Jadi nya, dah anak-anak tu suka donut. Cik Ila pun buat lah research (hahahaha...) resepi donut yang paling senang dan paling penting resepi donut yang paling gebu dan juga resepi donut yang boleh tahan lembut dari pagi sampai petang. Kiranya, Cik Ila cari resepi donut yang rookie macam Cik Ila pun boleh buat. Alhamdulillah, dua kali buat ikut resepi ni, dua-dua kali menjadi. Tak sempat ke petang dah habis.

Donut yang Cik Ila buat ni adalah donut kentang. Resepi dari blog Cik Matahari. 

Bahan-bahannya:
  • 2 sudu kecil yis - biar kembang dan berbuih
  • 4 cawan tepung gandum (dalam 500g)
  • 200 gram kentang (Cik Ila timbang dalam 3 biji kentang yang sederhana) 
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar butter ( nak guna marjerin pun boleh)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 biji telur 
  • 200 ml air suam 
Cara nak buatnya pulak:
1. Rebus kentang dan lenyek kentang tu.

2. Campur yis dengan 1 sudu kecil gula dan air suam. Kacau sebati dan biarkan ia kembang dan      berbuih.

3. Masukkan tepung dan semua bahan di dalam mangkuk dan uli sampai jadi doh. Oopss...air tu masuk sikit-sikit ye. Doh siap bila lembut dan tak melekat lagi di tangan.

4. Tutup bekas adunan dan biar sampai 40 - 60 minit. Perap sehingga doh naik dua kali ganda.

Resepi donut lembut dan gebu yang senang
Naik lah wahai adunan.

5. Lepas perap doh, tumbuk perlahan doh untuk keluarkan angin. Best pulak masa ni main tumbuk-tumbuk. Tapi jangan terlajak tumbuk pulak ye.

6. Lepas tu boleh lah bahagikan doh kepada adunan-adunan kecil. Disebabkan Cik Ila tak dapat cari acuan donut, Cik Ila buat bulat-bulat saja.

7. Bila dah selesai, susun atas dulang dan biar doh donut tu naik lagi sekali ganda.

8. Lepas tu boleh gorang. Pastikan minyak panas dan goreng sehingga sedikit perang. Bila dah angkat, salut je dengan sebuk gula.

Resepi donut lembut dan gebu yang senang
Siap untuk dimakan

Untuk yang nak makan Cik Ila goreng sampai masak. Lebihannya Cik Ila goreng sekejap dan simpan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nanti esok-esok boleh goreng lagi.

Macammana? Senang tak? Kalau Cik Ila boleh buat mesti korang pun boleh buat. Thanks for reading...



1 Comments