Masak Lemak Ayam Pencen

Assalamualaikum semua. Lama juga tak ber update blog ni. Harap masih ada lagi yang sudi berkunjung. Banyak sangat yang berlaku sebenarnya kebelakangan ini. InsyaAllah ada masa nanti, akan diceritakan :)

Ok. Hari ni Cik Ila nak cerita pasal ayam pencen. Sebelum ni tak pernah pun nak ambil tahu pasal ayam sebab masak je apa yang dah ada dalam peti sejuk (hahaha....cik suami yang banyak membeli). Apa tu ayam pencen? Ayam pencen adalah istilah yang diberikan kepada ayam telur yang dah produktif lagi untuk menghasilkan telur. Sama lah macam kita, habis term kerja kena pencen lah. Biasanya dijual ikut  kuantiti bukan ikut berat dah. Bila dah namanya pencen, nak masak pun akan ambil masa yang lama untuk daging ayam menjadi empuk. Dan kalau nak tau... ayam pencen ni pupular semasa hari perayaan sebab rasa dia yang sedap bila dibuat rendang.

Tapi sejak ada pressure cooker ni, cik suami rajin pulak membeli ayam pencen. Dalam sebulan tu ada lah menu masakan ayam pencen seperti rendang atau masak lemak. Bagi pressure dalam  15-30 minit dah empuk dagingnya. Lembut je dagingnya. Tak de lah rasa nak tercabut gigi mengunyah nanti. Lepas tu boleh teruskan menu masakan. Kalau tak de pressure cooker kena lah rebus ayam tu lama sikit. Tak de masalah pun.

Berminyak-minyak air rebusan ayam pencen ni.
Disebabkan anak-anak Cik Ila tak makan pedas, masak lemak ni memang tak bubuh cili langsung. Nak rasa pedas, kena buat sambal belacan berasingan. Resepi yang yang Cik Ila guna pun simple je.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam pencen - potong kecil (atau ikut suka)
1 biji kelapa parut
3 biji ubi kentang - potong empat
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris 
1 batang serai - diketuk


Bahan-bahan (tumbuk lumat):

2 ulas bawang merah
2 saiz ibu jari kunyit hidup
Nak pedas boleh tumbuk sekali cili padi.

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Cik Ila guna je air rebusan  ayam tadi. Bila dah menggelegak, masukkan santan. Sebab ayam dah empuk, tak perlu didihkan lama-lama. Kecilkan api dan perasakan dengan garam. Bila dah siap tutup api dan hidang :)

Anak-anak Cik Ila suka hirup kuah, makanya kuah kena banyak tapi jangan sampai cair pulak.

Mudah saja kan. Selamat mencuba.

Post a Comment

3 Comments

  1. Akak biasa ayam pencen buat rendang..cantik jer kejadian rendang tu sebab ayam tak tertanggal dari tulang kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda follback

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete