Kari Ayam Pencen


Assalamualaikum semua.

Semenjak dua menjak ni ramai betul yang menyebut tentang youtuber famous Sugu Pavitra. Cik Ila pun tak ketinggalan juga. Cik Ila pun salah seorang daripada subscriber beliau. Masa tu subscriber Sugu Pavitra dalam 300 lebih. Seronok tengok bilangan subscriber beliau sekarang yang telah melepasi bilangan 610K. Fuh...satu kejayaan yang besar bagi beliau. Semoga beliau terus berjaya dengan masakan beliau.

Ok, salah satu dari video masakan beliau yang menjadi kegemaran Cik Ila adalah Kari Ayam Pencen yang beliau tunjukkan sebulan yang lepas. Setakat hari ini, video tu sahaja sudah pun mencecah 2M tontonan. Jadi hari ni, Cik Ila pun masak lah Kari Ayam Pencen dengan menggunakan resepi yang telah ditunjukkan oleh beliau. Alang-alang cik suami kesayangan dah beli ayam pencen tu, kita masak Kari Ayam Pencen style Sugu Pavitra.



Bahan-bahan:

Ayam pencen atau ayam tua
Rempah tiga sekawan - kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - dihiris
3 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
2 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dihiris
2 biji tomato - dihiris
2 biji ubi kentang
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk cili
3 sudu serbuk kari
1 kotak santan kelapa - Pavita guna santan fresh.
Air, garam, serbuk perasa

Cara memasak Kari Ayam Pencen:

1. Masukkan minyak ke dalam periuk. Bila dah panas, tumis rempah 3 sekawan sehingga naik wangi. 
2. Masukkan bawang merah dan kacau.
3. Masukkan daun kari dan daun pandan serta halia dan bawang putih yang sudah ditumbuk (anggaran dalam satu sudu. Kacau rata. Tumis sampai naik wanginya.
4. Masukkan ayam dan kacau. Masak selama 15 minit. Kacau selalu ye. Nanti hangus pula ayam tu. Tak perlu tambah air. Nanti air akan keluar dari ayam tu.
5. Masukkan ubi kentang dan tomato. Kacau dan biar 1 minit.
6. Sekarang kita masukkan rempah-rempah tadi. Masak sampai pecah minyak baru masukkan air secukupnya.
7. Bila dah mendidih, masukkan garam dan masak lagi selama 20 minit atau sehingga ayam dan ubi kentang masak.
8. Selepas itu masukkan santan. Cik Ila masuk separuh saja. 
9. Biar mendidih. 
10. Tutup api bila dah masak


Inilah hasilnya bila dah siap masak

Kari Ayam Pencen


Alhamdulillah. Rasanya sedap. Lain dari rasa kari ayam yang selalu Cik Ila masak. Warna kuah dia pun lain. Lebih mengiurkan. Gabungan warna rempah-rempah yang digunakan rasanya. Tapi Cik Ila tak pasti tujuan daun pandan itu digunakan selain membuatkan Kari Ayam Pencen ini berbau wangi. Tekstur daging ayam pencen tu pun sedap dikunyah. Semua pun tahu betapa liatnya daging ayam pencen. Memang ambil masa yang agak lama. Lainlah kalau masak dengan menggunakan pressure cooker kan. 

Tapi untuk resepi Kari Ayam Pencen ini, memang berbaloi untuk cuba. Rasanya, lepas ni lagi keraplah cik suami kesayangan tu membeli ayam pencen. Hahahahahaha...

Selamat mencuba ye kawan-kawan resepi Kari Ayam Pencen Sugu Pavithra ni.



Post a Comment

0 Comments