Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom


Assalamualaikum semua.

Cik Ila rasa hampir semua dari kita telah pun kembali bekerja. Termasuk lah Cik Ila. Kelonggaran bekerja dari rumah (BDR) atau WFH masih boleh diberikan atas budi bicara Ketua Jabatan. Minggu ini Cik Ila akan bekerja sepenuhnya di pejabat tetapi untuk 2 minggu berikutnya ada beberapa hari yang Cik Ila perlu memohon untuk WFH kerana cik suami kesayangan bertugas. Rasa teruja sangat dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekerja. Maklumlah dah lama tak berjumpa. 

Ooop...teruja macam mana pun, kena follow SOP kerja. Perkara wajib kena buat bila Cik Ila sampai di pejabat:
  1. Isi borang pengisytiharan kesihatan dalam UMTouch
  2. Ambil temperature
  3. Jaga jarak - yang ni kadang-kadang terbabas
Walaupun agak leceh, kena juga amalkan norma baharu kerja ni. Kerajaan dah buat yang terbaik untuk membendung COVID-19 dan sekarang bila fasa PKPP diumumkan, tanggungjawab ini beralih kepada kita sebagai rakyat dan individu untuk menjayakannya. Kita jaga kita, barulah MENANG.

Ok, bercakap tentang PKPP, Cik Ila nak ajak ramai-ramai join segmen anjuran blogger Azian Khalil. Klik banner di bawah ye. Sama-sama kita meriahkan segmen beliau.




Terima kasih Azian Khalil kerana sudi berkunjung ke blog cikilamenari. Salam kenal ye.




Post a Comment

0 Comments