Hai uols...sedang buat apa sekarang?
Sekarang Cik Ila di pejabat. Secara tepatnya tengah tengah rehat sekarang ni. Jadi, ambil masa sekejap untuk tulis entri ni :)
Alkisah pagi tadi, dengar tentang cerita Dangal (wrestler) di radio. Usha sekejap dekat google apa yang menariknya cerita Dangal ni. Cik Ila tengok trailer di Youtube sekejap. Macam best lah pulak. Cerita Dangal dilakonkan oleh Amir Khan (salah seorang Khan yang menjadi artis hindi kegemaran Cik Ila masa zaman sekolah dulu) tentang kisah benar perjalanan hidup wrestler India yang pernah menang pingat emas di Sukan Commonwealth 2010 iaitu Gheeta Phogat.
Sekarang ni, kalau tengok cerita hindi, dah tak layan sangat cerita cintan-cintun ni. Muak pulak jalan ceritanya yang lebih kurang sama. Kalau tanya cerita hindi apa yang terkini (3 tahun kebelangan ni) yang Cik Ila tengok adalah 3 idiots (Amir Khan) dan Bajrangi Bhaijaan (Salman Khan).
Nanti kita layan Dangal pulak. Uols tengok lah trailer dia ni.
Best tak?
Okeh...dah 1.50 petang. Itu je lah ye apa yang Cik Ila buat sekarang ni.
6 Comments
sama la kite sis.. tgh rehat baru sempat wat entry sambil blogwalking blog kawan2.. hehe
ReplyDeletedah selamat lunch ke? hehehe
ReplyDeleteSamalah dengan saya Cik Ila.. Selamat petang pada Cik Ila.. =)
ReplyDeleteMemang terbaik cik ila
ReplyDeletesalam magrib cik ila. baru sempat berblog walking. rehat jap dari study. heheh
ReplyDelete*drop by from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-7-aktiviti-saat-ini.html
best ke Dangal??
ReplyDeletedah komen... jom komen sini plak
http://www.wawaashiharaa.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-7.html