Cara buat gam kanji

Untuk aktiviti tadika anak-anak kelmarin, parents kena bawa kotak A4 dan gam. Gam yang dimaksudkan adalah gam yang dibuat sendiri. Hahaha..kalau korang ingat, masa zaman sekolah dulu ada tak mak buat kan gam sendiri untuk aktiviti sekolah. CIM pun ingat2 lupa dah sebab dah lama sangat rasanya. Tapi yang CIM ingat, CIM pernah makan gam yang mak buat. Hehehehe...makna nya ada lah kan.

Sebab nak guna dalam kuantiti yang banyak, rasanya membazir je kalau nak beli. Baik buat sendiri kan. Lagipun, lebih selamat rasa nya kalau ada anak2 yang gatal tangan pi colek gam tu masuk mulut. CIM yang dah banyak usia ni pun sambil tunggu sejuk, kejap-kejap coleh masuk mulut. Hahaha....

Okeh..resepi nya mudah je:

4 sudu besar tepung ubi kayu
1000 ml air

Campur kedua-dua bahan biar sebati dan panaskan atas api. Api tu biar sederhana je. Dan pastikan korang sentiasa kacau untuk elakkan dia berketul-ketul. Masak sampai jadi pekat dan bertukar warna kepada jernih.



Dah siap, pindahkan ke dalam bekas dan biar kan sejuk. Kalau nak kreatif korang boleh titis pewarna. Nanti hasilnya mesti cun.


Senangkan. Pejam mata je boleh buat. Selamat mencuba ye.



Bye...Bye...Bye...

Post a Comment

6 Comments

  1. gam kanji- dulu masa kecik abah yang buatkan untuk aktiviti tampal2 kertas ,heheh :)

    ReplyDelete
  2. ooo mudah je buat gam kanji ni yee. Tq share.
    Nway Fiefi follow sini #244
    dari peserta GA emas putih
    Salam kenal =)

    ReplyDelete
  3. gam kanji ni boleh makan kan? ape tu orang Brunei makan nama dia Ambuyat.

    ReplyDelete
  4. Ros
    Best kan art attack sangat.

    Fiefi
    CIM follow back ye. Semoga berjaya.

    Diya Hanun
    Rasanya. Campur gula sikit. Ada juga org kampung masak untuk bagi pada anak.

    ReplyDelete